Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Thursday, December 6, 2012
Tun M patut dipersalah jika Melayu P Pinang mundur
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir adalah orang yang paling bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah Melayu Pulau Pinang jika benar Umno dan Barisan Nasional (BN) ikhlas mahu menolong mereka.
Bekas Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin (gambar) berkata, Dr Mahathirlah orangnya yang mendedahkan mengenai masalah Melayu Pulau Pinang ketika beliau melawat Tanjung To' Kong dahulu.
"Siapa yang mula buat cerita tentang peminggiran orang Melayu. Setahu saya ia berlaku sejak di zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir sendiri.
"Dia kata orang Melayu Pulau Pinang terpinggir ketika melakukan lawatan ke Tanjung To' Kong di Pulau Pinang, bila agaknya Ketua Menteri (Pulau Pinang) Melayu?" tanya Rahman yang mengumumkan penyertaannya ke dalam PAS baru-baru ini.
Kata Rahman, sejak dari dahulu Ketua Menteri Pulau Pinang adalah Cina.
"Pasal apa timbul cerita Melayu dipinggir. Sebab Cina dulu bersubahat dengan Umno dia tidak dipersalahkan.
"Sekarang ini Cina tidak sebulu dengan Umno kerana berkawan dengan PAS dan PKR terus dicop tidak betul dan bertindak menghalau orang Melayu.
"Boleh bertukar sekelip mata sahaja," katanya dalam wawancara khas dengan Harakah.
Rahman memuji sikap yang diambil oleh Kerajaan Pulau Pinang dan menyifatkannya amat bijak dalam menguruskan negeri.
"Apa yang dilaksanakan BN (sebelum ini) jelas memnunjukan mereka tidak bijak mentadbir. Habis wang rakyat dipergunakan untuk pembinaan projek yang tidak menguntungkan semata-mata untuk menunjuk-nunjuk mengatakan Malaysia megah tetapi pada hakikatnya dalam keadaan yang sakit tenat," katanya.
Pelbagai isu dibincangkan beliau dalam wawancara itu termasuklah bagaimana beliau boleh tertarik dengan PAS dan apa penilaian beliau terhadap PAS sekarang.-Harakahdaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment