Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Wednesday, December 5, 2012
Umno makin lemas, berpaut pada ‘dahan’ 13 Mei 1969
Hasutan bahawa 13 Mei akan berlaku sekiranya Umno BN kecundang dalam PRU13 menggambarkan betapa tertekan dan lemasnya Umno sehingga terpaksa mengungkit tragedi 13 Mei 1969 sebagai amaran.
“Agenda rasis ini terus dimain tanpa rasa segan silu agar Umno masih lihat relevan terutama kepada ahli-ahli Umno yang terus ditipu dengan momokan 13 Mei,” kata Ketua Koordinator Jingga 13 Malaysia, Fariz Musa dalam satu kenyataan.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Perhimpunan Agung UMNO 2012 (PAU 2012) sepertimana biasa menjadi medan kepada ‘memuji-muji’ dan ‘membodek’ pimpinan UMNO dengan suara-suara yang lunak dan memualkan sekian rakyat yang mendengar.
Tidak kurang juga berkumandang dendangan keras lagi kasar menyerang pimpinan Pakatan Rakyat khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dengan pelbagai gelaran yang melampau dan biadap, menjadi hidangan kepada rakyat melalui media UMNO BN.
Kenyataan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Wanita UMNO tanpa rasa bersalah dan kesal memulakan perang psikologi bagi tujuan menghasut dan ‘membakar’ sentimen rasis dengan membangkitkan isu 13 Mei yang sudah tidak relevan dan lapuk.
Hasutan beliau bahawa 13 Mei akan berlaku sekiranya UMNO BN kecundang dalam PRU 13 menggambarkan betapa tertekan dan lemasnya UMNO sehingga terpaksa mengungkit tragedi 13 Mei 1969 sebagai amaran.
Agenda rasis ini terus dimain tanpa rasa segan silu agar UMNO masih lihat relevan terutama kepada ahli-ahli UMNO yang terus ditipu dengan momokan 13 Mei.
Sedangkan rakyat semakin matang dan bijak menyedari bahawa UMNO adalah punca dan dalang kepada berlakunya peristiwa hitam 13 Mei agar perancangan sulit dan licik mereka.
UMNO sebenarnya sekarang berada seperti perumpamaan ‘kelemasan’ sehingga terpaksa berpaut kepada ‘dahan’ rasis untuk memastikan ‘talian hayat’ UMNO semakin panjang agar Putrajaya akan terus dipertahankan walau apa jua cara.
Igauan UMNO sebagai parti memperjuangkan Islam adalah sangat melucukan kepada sesiapa yang mendengar,malah gelak rakyat semakin besar apabila pelbagai gelaran hebat kepada Datuk Seri Najib Razak.
Sedangkan dalam masa yang sama terpalit dengan pendedahan Deepak Jaikishan yang melibatkan beliau dengan skandal berkaitan akuan bersumpah pertama melibatkan skandal pembunuhan Altantuya dan pendedahan Deepak mendakwa membayar keluarga Datuk Seri Najib Razak agar campurtangan bagi membolehkannya menjadi satu pihak dalam satu perjanjian projek Kementerian Pertahanan.
JINGGA 13 hairan Datuk Zahid Hamidi pula yang terkinja-kinja untuk mejawab semua dakwaan Deepak melibatkan DS Najib Razak dalam ucapan beliau.
Apakah hubungan beliau dengan skandal tersebut dan hubungan beliau dengan DS Najib Razak? Sikap ‘membodek’ Presiden UMNO sudah makin menjadi-jadi dan sudah ditahap kritikal dalam UMNO.
13 Mei adalah sejarah hitam yang sudah tidak patut dikenang dan diingati terutama golongan generasi muda yang tidak memahami dengan lebih mendalam kejadian tersebut.
Sejarah akan diputar belit agar lebih dilihat relevan demi survival UMNO dalam PRU 13 yang amat merisaukan mereka.
DAP akan menjadi sasaran mereka dengan cerita dan fakta diseleweng seolah-olah Pakatan Rakyat di Putrajaya, maka DAP atau orang Cina akan menguruskan negara ini dengan agenda songsang yang digunakan untuk mempengaruhi orang-orang Melayu agar menolak DAP dan Pakatan Rakyat.
JINGGA 13 meminta rakyat Malaysia agar bersiap sedia dengan taktik dan propaganda murahan UMNO yang sudah tidak relevan. Adakah orang Melayu akan terus diperbodohkan dengan isu lapuk ini?
Rakyat Malaysia khususnya orang Melayu semakin matang dan bersama-sama atas nama soladiriti membina negara bangsa Malaysia yang sebenar-benarnya tanpa diulit dengan agenda rasis yang sudah pasti merosakkan agenda sebangsa dalam erti kata yang sebenar dan bukannya konsep 1 Malaysia yang retorik semata-mata sedangkan laungan rasis terus dimainkan oleh UMNO.-
Harakahdaily.net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment