Saturday, January 29, 2011

Dah sah! pemimpin Umno memang bodoh



Malangnya dulu ramai pemimpin Umno yang mengakui Malaysia adalah negara Islam tapi sayang sekali mempunyai pemimpin yang jahil serta bodoh dalam hukum Islam. Tokoh-tokoh agama mereka pula menjadi syaitan bisu. Kini isu tidak mahu bersalam telah menjadi isu besar di PRK Tenang.. wahai pemimpin Umno, dalam Islam wanita muslim tidak boleh bersalam dengan lelaki samada lelaki Tionghua atau pun lelaki Islam. Justeru itu tidak menjadinya haram seorang wanita Islam bersalam dengan wanita Tionghua sebab mereka perempuan. Jika saudara sesama Islam pun wanita tidak boleh bersalam, sekira ianya lelaki. Dalam Islam lelaki tidak boleh bersalam dengan perempuan. Hukumnya haram.. 


WarkahDaily - Calon PAS, Normala binti Sudirman yang dikatakan enggan bersalam dengan lelaki ketika berkempen pilihanraya kecil Dun Tenang telah hangat diperkatakan.

Isu tidak mahu bersalam ini sebenarnya sengaja dimainkan oleh orang yang memang jahil agama Islam dan penerapan ajaran Islam dalam dirinya. Bagi orang Islam yang betul-betul beriman dengan Allah dan Rasul-Nya sudah pasti tidak merasa pelik dengan perkara ini kerana ianya memang ajaran Islam.

Rupa-rupanya, Allah SWT telah meletakkan satu hikmah disebalik kejadian itu. Allah SWT mahu memperlihatkan kepada masyarakat Malaysia secara khasnya dan dunia umumnya, betapa ramainya di kalangan kita yang masih lagi jahil dengan ajaran Islam yang dibawa nabi Muhammad SAW lebih 1432 tahun dahulu.

Namun yang malangnya, negara kita ini yang dahulunya diakui oleh beberapa pemimpin Umno yang jahil kononnya Malaysia negara Islam tetapi telah mempunyai pemimpin yang begitu teruk kearifannya dalam mengerti ajaran Islam. Bahkan lebihh sadis lagi, penasihat-penasihat agama mereka ini seolah-olah menjadi syaitan bisu yang sudah kekenyangan dengan upah tuannya.


Sekarang ada segelintir pemimpin yang ada sedikit ilmu tentang aurat perempuan dan lelaki yang bukan mahram telah mula mengendurkan kenyataan dan tidak berani untuk mempersoalkan isu panas itu.

Tapi, kita belum sunyi dengan pemimpin Umno yang jahil tapi berlagak pandai (bodoh tapi tak tahu bodoh) tanpa rasa malu memperbodohkan dirinya sendiri mengeluarkan kenyataan yang mudah digelak oleh budak-budak sekolah.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, keengganan calon PAS, Normala Sudirman bersalam dengan lelaki dilihat sengaja digembar-gemburkan untuk meraih sokongan pengundi di kawasan berkenaan.

Inilah kenyataan yang paling bodoh aku baca setakat ini. Memang sah dia ni tak tahu perkembangan semasa. Woi bro!, meh sini aku nak tanya ko, isu ‘enggan bersalam’ ni siapa yang mulakan dulu? Kenapa pulak ko cakap isu ini PAS sengaja gembar-gemburkan kerana mahu raih sokongan padahal yang duk pertikai akan hal ini ialah pemimpin MCA kaki porno yang menjadi rakan sebantal Umno, Chua Soi Lek.

Kalau dia yang tak gembar-gemburkan hal ini, maka sudah pasti ianya tidak akan dijadikan isu. Bila dah makan diri baru kamu merasa terngadah. Memang jenis bahlul!.

Orang lain sembang, kamu pulak nak nyampuk. Padahal jenis tak reti tapi berlagak reti. Kalau tak tahu hujung pangkal, diam aje. Nanti terserlah pulak kebodohan anda.- WarkahDaily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...