Sunday, January 23, 2011

Kenyataan Presiden MCA Bersifat Rasis Yang Tidak Hiraukan Kesejahteraan Kaum

Jika kita lihat pemimpin-pemimpin Umno berpolitik apabila jumpa orang-orang melayu, mereka kata PAS jadi kuda tunggangan DAP. Umno tak ada modal untuk menarik orang melayu sokong mereka terpaksa guna isu perkauman. Apabila Chua pergi jumpa orang -orang cina, Chua terikut-ikut rentak Umno dengan mengatakan DAP jadi kuda tunggangan PAS. Ini adalah  cara politik sempit yang ketinggalan zaman. Chua ikut cara politik Umno membuta tuli

Kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek terhadap calon Pakatan Rakyat, Normala Sudirman atau dikenali sebagai Cikgu Mala berhubung isu bersalam antara bukan muhrim dikecam oleh pimpinan Pakatan Rakyat yang jelas untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Islam.

Umno-Barisan Nasional dilihat kalut dan tertekan untuk mendapatkan sokongan masyarakat Cina yang dilihat semakin berkurangan di Tenang yang memaksa bekas menteri itu menghamburkan kata-kata berbentuk perkauman.

Bercakap kepada media semalam, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali menyifatkan kenyataan pemimpin parti komponen Barisan Nasional itu hanya untuk memainkan politik perkauman.

Justeru kata beliau, Chua adalah contoh terbaik pemimpin Umno-Barisan Nasional yang tidak menghiraukan kesejahteraan sesama kaum asalkan parti itu berjaya memerintah.


"Chua Soi Lek ini hanya memainkan politik perkauman sebenarnya. Saya baca kenyataan dia, politik perkauman. Dia memang tunduk betul-betul cara Umno. Kalau tengok cara politik Umno, dia pergi kepada orang Melayu, PAS jadi kuda DAP. Chua pergi kepada Cina, DAP jadi kuda PAS. Ini politik perkauman. Jadi dia memang ikut buta tuli kepada Umno. Pengundi faham perkara ini," jelas beliau kepada Tv Selangor.

Mustapha yang ditemui media selepas majlis Perasmian Jentera Wanita PAS di DUN Tenang berkata, calon yang menjadi sandaran Pakatan Rakyat tidak mempunyai sebarang masalah komunikasi bersama masyarakat setempat selain berkemampuan untuk mendekati hati pengundi berbanding calon Umno-Barisan Nasional yang bukan anak tempatan Labis.

Tambahnya, sekiranya diperlukan masyarakat untuk bertemu, maka Cikgu Mala adalah orang yang pertama melangkah masuk ke kawasan tersebut.

"Atas keperluan. Kalau keperluan untuk menemui rakyat dia akan pergi itu tak jadi masalah. Tidak ada halangan calon kita menemui rakyat," ujar beliau lagi.

Sebelum ini Chua Soi Lek menuduh Cikgu Mala tidak menghormati masyarakat dengan mengenakan sarung tangan ketika berjabat tangan. Selain itu beliau turut menyatakan bahawa calon PAS tidak mahu masuk ke kuil-kuil agama lain.

Jam 11.40 pagi tadi, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengumumkan pertandingan Pilihanraya Kecil DUN Tenang yang menyaksikan tentangan satu lawan satu di antara calon PAS, Normala Sudirman dan Azhar Ibrahim dari Barisan Nasional.

Kempen pilihanraya telah pun bermula sejurus selepas pengumuman oleh Pegawai Pengarah Pilihanraya Kecil DUN Tenang di sini pagi tadi.

Dijangkakan kedua-dua parti akan mengorak langkah berkempen di sekitar DUN Tenang termasuk tiga kawasan Felda yang menjadi tumpuan pengundi Melayu.

Antara yang akan hadir pada program ceramah di dua lokasi pada malam ini adalah, Ketua Umum PKR , Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mat Sabu, Datuk Teng Chang Kim, Datuk Mahfuz Omar dan Nasrudin Tantawi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...