Wednesday, January 26, 2011

Pas Ingatkan Umno Supaya Nasihatkan MCA Menghormati Islam


Umno sepatutnya perlu nasihatkan pemimpin MCA supaya menghormati Islam. Pemimpin pemimpin Umno mengaku mereka orang muslim tapi kenapa tidak tegurkan MCA  agar Jangan merendahkan martabat Islam. Kenapa pemimpin Umno biarkan Islam terus dicaci dan dihina? Pemimpin-pemimpin Umno dayus serta munafik sehingga sanggup gadaikan maruah Islam kerana kepentingan politik.

Pas meminta Umno mengingatkan rakannya dalam komponen BN seperti MCA dan Gerakan supaya menghormati hak Muslim berikutan isu bersalam yang ditimbulkan terhadap calon Pas di Dun Tenang, Normala Sudirman.

“Sepatutnya pemimpin Umno perlu ingatkan kawan mereka yang bukan Islam supaya hormati hak orang Islam sebagaimana orang Islam hormati hak orang bukan Islam.

“Kita tidak cemuh orang bukan Islam khususnya Cina yang makan babi misalnya kerana itu hak mereka dan banyak lagi contoh-contoh lain yang boleh diambil,” kata Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Jelas Mustafa, keadaan itu berbeza sekali dalam Pakatan Rakyat apabila pemimpin bukan Islam dalam DAP dan KEADILAN cuba sedaya upaya memahami dan mendekati Islam.


“Ia diperlihatkan dengan baik dalam isu bukan Islam memasuki masjid, membaca al-Quran dan memberi salam,” kata beliau merujuk kepada komen yang dibuat Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
“PAS mengucapkan tahniah dan syabas kepada Normala Sudirman kerana tidak menggadaikan prinsip dan disiplin perjuangan untuk kepentingan politik sementara,” katanya

Merujuk kepada komen-komen penghinaan dalam isu bersalam terutama dari Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek, Mustaffa mengatakan ia bukti kegagalan Umno menerangkan prinsip ajaran Islam yang asas kepada rakan sekutunya itu.

“Yang pertama Dr Chua rasa pelik kerana sepanjang puluhan tahun bergaul dengan pemimpin Umno, sama ada pemimpin wanita atau isteri pemimpin Umno, dia tidak pernah melihat apa yang diperlihatkan oleh Normala.

“Ini bagi saya kegagalan Umno kerana tidak memahamkan perkara ini kepada pemimpin bukan Islam yang bersama mereka. Saya tidak fikir Wanita Umno tidak tahu dari segi hukumnya,” katanya.

Malah, Mustafa secara sinis berkata, walaupun Dr Chua sebelum ini pernah terlibat dalam skandal rakaman video seks memalukan, MCA masih menerimanya sebagai Presiden.

“Sebab itu, berlakon filem seks pada orang lain tidak bermoral tetapi bagi dia dan partinya MCA tidak ada apa-apa. Sebab itu dia terus menang menjadi presiden MCA,” katanya.

Kempen pilihan raya kecil ke-14 di Dun Tenang masuk hari ketiga hari ini selepas proses penamaan calon pada 22 Januari lalu yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Pas dan Umno. Pilihan Raya Kecil tersebut akan diadakan pada 30 April ini.- KeadilanDaily
.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...