Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Tuesday, January 11, 2011
Jangan Tunduk Kepada Umno. Lawan Tetap Lawan.. Lawan Sampai Menang
Kenapa Kita Harus Tunduk Kepada Umno, Mereka Terlalu Zalim, Perasuah, Pengkhianat Kepada Rakyat, Kuasa Ditangan Kita, Rakyat Bersama Kita, Kita Lawan Dan Serang Mereka.
Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor yang dipimpin Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim digesa untuk tidak tunduk kepada segala serangan parti lawan yang cuba merampas negeri itu.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu kontroversi perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor 'bukan masalah besar' dan jika dilayan ianya akan menyebabkan kerajaan negeri defensif.
"Kalau kita tunduk kepada mereka, kita akan bertahan.
"Kenapa kita harus bertahan, kuasa di tangan kita, rakyat Selangor bersama kita, kita lawan dan serang Umno Selangor habis-habisan," katanya.
Selain menyerang, apa yang lebih penting untuk dibuat kerajaan negeri pada masa ini ialah terus memberi khidmat kepada rakyat.
Jelasnya, cara yang sedemikian akan menjadikan kerajaan negeri lebih dekat dengan rakyat sekaligus akan mempertahan kerajaan pakatan.
"Kita mesti fokus, pertahankan Selangor dan tambah khidmat kebajikan, pastikan tatakelola yang baik kerana itu yang akan menjamin kemenangan kita," katanya.
Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen, menasihatkan Pakatan Rakyat agar berhati-hati dalam menyelesaikan sebarang isu yang dicetuskan parti lawan supaya tidak silap tindakan.
Menurutnya, apa yang berlaku hari ini juga sememangnya sudah dijangka, khusunya selepas negara diteraju Datuk Seri Najib Razak yang didakwa lebih rakus berbanding pemimpin sebelumnya.
"Zaman ini zaman gila, yang bersih dikatakan rasuah, penyamun diangkat jadi pemimpin," katanya.
"Jangan ingat Umno kuat. Kita nak bagitahu bahawa 'Umno is finish'," tambahnya lagi disambut sorakan para hadirin.
Tengok 'belang' Umno
Sementara itu, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam pidatonya sebelum itu membayangkan 'drama' isu SUK negeri itu akan berterusan.
Bagaimanapun katanya, beberapa langkah telah diatur termasuk memanggil sidang Dun tergempar yang akan membincangkan untuk mengembalikan kuasa Sultan Selangor yang dibuang oleh Umno pada tahun 1993.
Sidang Dun tersebut bakal menyaksikan pendirian Adun Umno, sama ada benar-benar menghormati sultan atau merekalah yang sebenarnya pendehaka.
"Kita nak tengok belang Umno, dia nak sokong kuasa dikembalikan kepada Tuanku atau tidak," katanya sambil mencabar Umno negeri itu.-
HarakahDaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment