Wednesday, January 19, 2011

Rosmah Terus Derhaka Kepada Permaisuri Agong, Mengaku Wanita Pertama


Zuraida Kamaruddin
Malaysia diperintah oleh seorang Queen Control. Ini menujukkan suaminya Najib seorang Perdana Menteri yang dayus dan lemah untuk mentadbir negara  


Apabila merujuk kepada Direktori, laman web Pejabat Perdana Menteri (www.pmo.gov.my/directory) rakyat akan dapat melihat bahawa wujud satu divisyen yang dinamakan FLOM Division iaitu singkatan buat First Lady of Malaysia Division atau Divisyen Wanita Pertama Malaysia

Ini menimbulkan 1001 pertanyaan dan keraguan kerana daripada mana sumber kewangan divisyen FOLM ini diperolehi? Dan berapakah peruntukan dan perbelanjaan FLOM Division ini? Divisyen yang diluluskan tampa pengetahuan ini layak dilabel “divisyen haram”.

Wanita KEADILAN memandang serius isu ini dan menganggap kewujudan divisyen haram ini sebagai suatu lagi penderhakaan terbesar Rosmah Mansor selaku isteri Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak, selepas sewenangnya menggunakan gelaran Wanita Pertama yang nyata menghina maruah Raja Permaisuri Agong, Sultanah Nur Zahirah.


Malah, Perdana Menteri, yang juga sebagai seorang suami juga seharusnya berperanan untuk menasihati dan mengawal kerakusan isterinya, Rosmah Mansor daripada terus membazirkan wang rakyat dan memalukan imej negara. Tindakan PM yang seolah merestui dan membela setiap tindakan salah isterinya menunjukkan kelemahan dan seterusnya membuka kritikan dan dakwaan bahawa negara ini sedang diperintah seorang Queen Control. Dakwaan seperti ini amat memalukan dan menunjukkan seolah Perdana Menteri sendiri seorang yang dayus dan gagal mendidik isterinya sendiri.

Maka, atas dasar kebertanggungjawab dan pembelaan demi membela kehormatan institusi diraja umumnya dan Raja Permaisuri Agung Sultanah Nur Zahirah khasnya, Wanita Keadilan akan melancarkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong Tuanku Zainal Abidin agar Baginda Yang Dipertuan bersedia menggunakan kuasa yang da padanya berasaskan pada Perlembagaan agar mendesak supaya FLOM divisyen haram ini dibubarkan serta merta demi memjaga maruah Raja Permaisuri Agong daripada terus dimalukan.

Isu penderhakaan ini seharusnya dipandang berat sebagai suatu lagi jenayah derhaka yang berlaku di bawah kerajaan Umno-BN, selepas tragedi pemansuhan kuasa Raja-raja Melayu pada 1993 sewaktu pemerintahan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir dahulu. Tragedi ini akan kekal menjadi sebagai suatu lipatan tragedi yang amat mengaibkan buat sejarah kesultanan Melayu di negara ini.


ZURAIDA KAMARUDDIN
KETUA WANITA KEADILAN
MERANGKAP AHLI PARLIMEN AMPANG

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...