Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Friday, January 14, 2011
Ketua AMK Cabar KJ Debat Terbuka Secara Semuka
Isu Debat - Khairy Cabar Anwar Berdebat Hanya Untuk Mencari Populariti Murahan. Memang Beliau Tak Layak Pun Untuk Mencabar Anwar Berdebat
Saya mengikuti perkembangan mengenai cabaran debat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak mengenai isu isu ekonomi khusus mengenai Pelan 100 Hari Pakatan Rakyat vs Program Transformasi Ekonomi Kerajaan (ETP).
Sangat mendukacitakan apabila Dato Sri Najib kelihatan berdolak dalih dalam cabaran ini, dengan mengandaikan debat ini sekadar 'membuang masa' beliau. Mungkin beliau kurang arif bahawa budaya debat polisi seumpama ini merupakan amalan puluhan tahun lampau yang diamalkan pemimpin negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom.
Lebih mengejutkan apabila Ketua. Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin pula yang kelihatan begitu bernafsu untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar. Ini ternyata pelik kerana sudah puluhan cabaran debat yang dikeluarkan oleh Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) kepada beliau tetapi tiada satupun yang bersahut.
Harus diingat, berdasarkan beberapa prestasi beliau di dalam rancangan forum-forum sebelum ini, nyatanya beliau belum sampai ke tahap untuk berhadapan dengan tokoh seperti Datuk Seri Anwar.
Justeru, atas kapasiti Ketua AMK, saya dengan ini secara rasmi menawarkan platform debat Pemuda satu lawan satu di antara saya dan Khairy, yang saya percaya lebih cocok dan sesuai dengan mengambil kira kapasiti kami selaku ketua sayap pemuda Umno dan KEADILAN.
Surat pelawaan rasmi telah dikeluarkan kepada beliau, dan saya menyeru rakyat Malaysia mendoakan agar beliau tidak berdolak dalih untuk menyahut cabaran debat ini.
Shamsul Iskandar Mohd Akin
KetuaAngkatan Muda Keadilan Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment