Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Saturday, January 22, 2011
Alasan Najib tidak mahu debat mengecewakan
Jika benar Najib mempunyai maklumat sebagaimana yang beliau katakan boleh mematahkan hujah Anwar, bagilah pandangan dalam debat itu untuk mematahkan hujah Anwar supaya dapat dinilai oleh rakyat. Mereka bukan bodoh untuk menilaikan yang mana betul dan salah. Rakyatlah yang menjadi hakim. Untuk mengelak dari berdebat dan mengalih pandangan kepada masalah peribadi Anwar adalah kenyataan seorang Perdana Menteri yang tidak matang dan penakut. Jika beliau seorang pemimpin yang bijak nescaya Najib sahut seruan Anwar. Saya berani membuat andaian, seratus tahun lagi pun Najib tidak akan terima cabaran Anwar, hendak berdepan muka kemuka pun Najib takut, apalah lagi nak berdebat.. percayalah..
Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli (gambar) menyifatkan, jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap pelawaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendebatkan isu ekonomi negara sangat-sangat mengecewakan.
Bahkan, kenyataan berbaur ugutan yang dibuat oleh PM amat memalukan dan menjatuhkan imej beliau di mata rakyat dan masyarakat umum termasuk antarabangsa, katanya.
Bagi beliau, pelawaan tersebut berpunca daripada komen PM mengenai Janji 100 hari Pakatan Rakyat Memerintah yang merupakan tawaran yang sangat wajar buat rakyat negara ini.
"Oleh kerana terdapat perbedaan pandangan bagi hal yang sebegitu penting maka tawaran debat adalah bertempat, seperti mana yg dilakukan di negara demokrasi yang matang.
"Jika benar PM mempunyai segala maklumat seperti yang beliau dakwa yang boleh mematahkan hujah Pakatan Rakyat, maka utarakanlah dalam debat itu agar dinilai oleh rakyat," katanya.
Bagi Dr Hatta yang juga anggota Parlimen Kuala Krai, Kelantan, ugutan Najib untuk mendedahkan aib lawan adalah kelakuan jijik yang tidak langsung menggambarkan akhlak pemimpin tertinggi negara.
"Mengelak diri dari berdebat dan cubaan mengalihkan pandangan kepada masalah peribadi adalah sikap tidak profesional dan menjatuhkan imej beliau sendiri," kata Hatta.
"Saya menggesa Najib tidak berdalih dan segera menyahut tawaran ini," katanya.
Bagi beliau, tindakan Najib kebudak-budakan apabila cuba mengelakkan diri dari berdebat secara bersemuka, "Ini adalah sifat pengecut." - Harakahdaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment