Thursday, January 20, 2011

Speaker Selangor Isytihar, DUN Pelabuhan Klang kosong

Speaker Teng Chan Khim
"Menurut Fasal 69, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, jika seseorang Ahli Dewan Negeri itu tidak hadir dalam masa 6 bulan, maka kerusi tersebut diisytiharkan kosong. Kerusi sudah kosong dan jika mengikut Undang-Undang Tubuh, pihak SPR dikehendaki mengadakan pilihan raya kecil.

Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Pelabuhan Klang kosong.

Ianya berikutan kegagalan Adunnya, Badrul Hisham Abdullah hadir ke persidangan Dun dalam tempoh 6 bulan bermula 15 Julai 2010 hingga 15 Januari lalu.

Berikutan itu beliau mengisytiharkan kerusi itu kosong mengikut Fasal 69 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

“Menurut Fasal 69, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, jika seseorang Ahli Dewan Undangan Negeri itu tidak hadir dalam masa 6 bulan, maka kerusi tersebut diisytiharkan kosong,” kata Teng pada sidang media di Dewan Annex, dekat sini hari ini.


Menurut Teng juga, mengikut peruntukan dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, beliau berhak untuk mengisytiharkan status bagi kerusi Dun sebagai kosong sekiranya mana-mana Adun gagal menghadiri sidang Dun dalam tempoh ditetapkan.

“Tafsiran saya bagi melihat pengiraan 6 bulan itu, adalah merujuk kepada Fasal 70 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Saya melihat memang niat Undang-undang negeri hendakkan supaya Dewan bersidang dalam masa 6 bulan, katanya.

Ditanya adakah kekosongan kerusi itu menandakan pilihan raya kecil bakal berlangsung, Teng menegaskan perkara itu di luar bidang kuasa beliau.

"Kerusi dah kosong, jadi beliau tidak lagi menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri dan kalau mengikut peruntukan dalam Undang-undang Tubuh makan pihak Suruhanjaya Pilihan raya dikehendaki untuk memanggil pilihan raya kecil.

"Itu di luar bidang kuasa saya. Bidang kuasa saya adalah apabila keadaan ini sudah menepati peruntukan dalam fasal 69 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, maka saya dikehendaki mengisytiharkan kerusi itu kosong," jelasnya.

Bagaimanapun katanya, kekosongan kerusi itu akan dimaklumakn kepada SPR dalam masa terdekat.

Badrul meninggalkan PKR pada Oktober 2009 dan memilih menjadi ADUN Bebas yang mesra BN tetapi kemudiannya menyertai Umno pada Mei tahun lalu.

Badrul Hisham memenangi kerusi Pelabuhan Klang pada pilihan raya umum 2008 di bawah tiket PKR dengan majoriti 4,407 undi.

Harakahdaily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...