MCA cakap DAP sudah dimelayukan kerana gunakan bahasa Malaysia. Kita rakyat Malaysia, salahkah bercakap bahasa Malaysia? Itulah kempen bodoh yang masih diguna pakai dalam politik BN
Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng isu yang dimainkan itu hanya bertujuan untuk mengalihkan pandangan rakyat terutama pengundi Dun Tenang kepada Umno.
Dalam sidang media di pekan Labis semalam, beliau menegaskan Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, PKR dan DAP tidak mempergunakan antara satu sama lain.
Beliau yakin MCA akan terus mendendangkan lagu dengan mengatakan DAP adalah alat yang diperkudakan PAS untuk pengundi Cina.
"Umno pula akan kata PAS diperalatkan DAP kepada pengundi Melayu, saya nak tegaskan di sini PAS tidak peralatkan DAP, DAP tidak peralatkan PAS. Kita dalam Pakatan Rakyat tidak peralatkan sesiapa," tegasnya.
Menurut beliau, perjuangan Pakatan Rakyat adalah untuk kebebasan, kebajikan, kebenaran, keadilan dan demokrasi untuk semua rakyat.
"Dia cakap DAP sudah diMelayukan kerana kita menggunakan bahawa Malaysia. Kita rakyat Malaysia kenapa tidak berckaap bahasa Malaysia, lagipun bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi negara," katanya.
Beliau mempersoalkan bagaimana MCA boleh mengatakan DAP salah kerana menggunakan bahasa Malaysia.
Katanya, apa sahaja serangan daripada BN dalam tempoh berkempen di Dun Tenang itu Pakatan Rakyat akan menghadapinya.
“Apa yang penting adalah kita memperjuangkan prinsip kebebasan, keadilan dan demokrasi untuk semua, kita akan hadapi mereka dengan berlandaskan kebebasan, keadilan dan demokrasi,” katanya.
Beliau turut menyelar tindakan MCA yang mempertikai calon PAS, Normala Sudirman kerana tidak mahu bersalam dengan lelaki dan dijadikan isu besar.
Apa yang penting kata beliau, Normala layak menjadi wakil rakyat yang bertanggunngjawab bukan boleh salam atau tidak boleh salam.
"Jangan buat tuduhan dan serangan peribadi dan kita minta rakyat Labis buat keputusan dengan baik," katanya.-Hrkah.
Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment