Friday, January 21, 2011

Pengundi Tenang diajak tinggalkan Umno BN, Undi PAS Demi Perjuangan Islam



Kepada pengundi-pengundi Tenang, tinggalkan Umno-BN parti sekular yang khianat kepada rakyat, perasuah dan zalim.."Saidina Omar yang jahat terkenal dengan garamnya memusuhi Islam akhirnya menerima Islam dengan kehendak allah. Justeru itu, pengundi-pengundi Tenang, pilihlah PAS untuk kebaikan Islam dan rakyat.  

Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengajak pengundi Tenang meninggalkan Umno dan BN pada pilihan raya kecil Dun itu 30 Januari ini.


Menurutnya, walaupun Johor adalah kubu Umno, namun tidak bererti perubahan tidak boleh dilakukan demi untuk perjuangan Islam.

Katanya, sewaktu PAS bergabung dengan Umno lagi negeri itu telah kuat dengan parti itu sehinggakan tidak memberi peluang pada calon PAS untuk bertanding sedangkan negeri lain dibenarkan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya kelmarin ketika ketika diminta mengulas pilihan raya kecil Dun berkenaan.


Beliau yang akan turun ke Tenang bagi membantu calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Normala Sudirman seterusnya berkata, Saidina Omar yang terkenal dengan berangnya memusuhi Islam akhirnya menerima Islam dengan kehendak Allah.

“Begitu juga Panglima Perang, Khalid Ibni Walid, juga menerima Islam dengan kehendak Allah, jadi tidak mustahil pengundi Dun Tenang akan melakukan perubahan,” ujarnya.

Kerana itu, sambungnya pengundi diminta mengundi calon Pakatan di Tenang dan meninggalkan Umno.

Sehubungan itu, Tuan Guru turut memaklumkan beliau akan berkempen bagi membantu calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat sebaik sahaja selepas penamaan calon.

Menurutnya, beliau akan membawa kebenaran perjuangan Islam sebagaimana yang terkandung dalam al-Quran 30 juzuk.

“Saya akan bawa di sana Islam al-Quran 30 juzuk dan gurunya Rasulullah s.a.w., yang membawa kebenaran itu

HarakahDaily.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...