Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Thursday, January 6, 2011
AMK Desak Rais Yatim Tampil Bersihkan Nama
Dalam Kes Rogol, Rais Yatim Harus Jawab Dakwaan Terhadapnya, Segera Menafikan Tuduhan Ini Sekiranya Ia Tidak Benar. Jika Tidak Maruah Kerajaan Malaysia Akan Tercemar
Mutakhir ini ruang siber Malaysia digegarkan dengan beberapa pendedahan mengenai keterlibatan seorang Menteri di dalam kes rogol melibatkan pembantu rumah yang berasal daripada Indonesia. Dikhabarkan, kes ini telahpun berlaku sewaktu pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi lagi, tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil kononnya untuk 'mengelakkan konflik serantau'.
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) memandang serius mengenai pendedahan ini. Isu ini yang pernah dihebahkan oleh sebuah NGO kebajikan pekerja Indonesia, Migrant Care di mana kejadian tersebut berlaku pada 19 Februari 2007 dan mangsa dikatakan telah dipaksa untuk mendiamkan perkara ini berikutan ugutan yang dibuat ke atas mangsa
.
Isu ini, yang hebat dibahas di dalam ruang siber jelas merujuk kepada Datuk Seri Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Sejauhmana kebenarannya, hanya beliau dan Tuhan sahaja yang mengetahuinya.
AMK yakin dan percaya, sekiranya dakwaan ini benar, isu ini membawa impak yang sangat buruk kepada kerajaan di bawah kepimpinan Dato' Sri Najib Tun Razak, dalam keadaan beliau gagal menjamin kredibiliti dan integriti kabinet beliau sehinggakan tergamak mengekalkan seorang penjenayah seksual di dalam kabinet beliau. Lebih parah, ia memberi kesan yang negatif kepada hubungan serantau Malaysia-Indonesia berikutan sikap 'duduk dan diam' oleh kerajaan Malaysia.
AMK mendesak Dr. Rais segera menafikan cerita ini, sekiranya ia tidak benar. AMK juga menggesa agar Perdana Menteri melakukan penyiasatan menyeluruh demi membersihkan maruah negara yang tercemar.
Selanjutnya di dalam waktu terdekat, AMK akan menghantar beberapa orang Exco untuk suatu misi mendapatkan maklumat (fact findings mission) mengenai jenayah terkutuk ini dengan mengunjungi pihak Migrant Care dan juga pihak Kedutaan Indonesia bertujuan untuk
mendapatkan fakta-fakta yang sebenar berkaitan kejadian rogol ini.
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda KEADILAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment