Thursday, June 2, 2011

Tiga cara kotor diguna Umno dalam pilihan raya- Mat Sabu

          Pemimpin Pas, Mohamad Sabu berkata terdapat tiga cara utama yang sering digunakan Umno dan Barisan Nasional dalam berhadapan dengan pembangkang ketika pilihan raya.
         Pertama katanya, melalui daftar pemilih di mana parti pemerintah menggunakan pegawai kerajaan untuk mendaftar pengundi melalui senarai akhir yang dikemuka sebelum pilihan raya.

“Apabila kita bantah di mahkamah seperti di Sabah, mahkamah mengiystiharkan pilihan raya Likas tidak sah kerana terbukti ada pengundi hantu, ada pendatang yang mendaftar sebagai pengundi,” ujarnya yang juga Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi Bersih 2.0 dalam satu wawancara dalam akhbar Suara Keadilan.

Kedua katanya, taktik yang selalu digunakan Umno-BN ketika pilihan raya adalah menyalahgunakan harta kerajaan melalui penggunaan jentera milik agensi kerajaan untuk menarik pengundi menyokong BN.
“Dahulu bukan tidak pernah berlaku. Cuma sekarang ini terlalu berleluasa. Sehinggakan dalam pilihan raya
Kecil Sarawak kita tidak kenal langsung yang mana satu jentera parti yang mana satu jentera kerajaan,” katanya.

Manakala ketiga, masalah media massa yang berat sebelah terhadap parti pemerintah dan tidak memberi liputan yang adil kepada parti pembangkang.

Berbeza dengan Singapura katanya, negara itu kini dilihat lebih berani membuat perubahan dari sudut kebebasan media dalam pilihan raya yang diadakan baru-baru ini.

“Sepanjang tempoh pilihan raya berlangsung sebulan lalu, pemimpin pemimpin parti yang bertanding dibenarkan berucap di televisyen dan ia disiarkan. Rapat umum diizinkan. Singapura sudah mula buat perubahan. Kita masih lagi tidak kerajaan Malaysia akan ikut jejak langkah itu atau tidak.

“Sebab itu dalam himpunan bersih 2.0 ini kita perlu sedarkan rakyat bahawa pilihan raya masih brelaku dalam keadaan tidak demokratik,” tegasnya.

Mat Sabu berkata, peranan yang dijalankan Bersih sebenarnya diketuai Datuk Ambiga Sreenevasan dan badan bukan kerajaan yang mengendalikannya.

“Saya hanya lah pemimpin parti yang ditugaskan untuk menjayakan perhimpunan Bersih 2.0, itu sahaja. Kita (Pas) hanya bekerjasama dengan NGO untuk menjayakan perhimpunan itu,” tambah beliau.

Dalam temubual tersebut, Mat Sabu turut ditanya mengenai kesediannya bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas dan apakah akan terus menjalinkan kerjasama yang erat dengan Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sambil ketawa kecil, beliau mengakui lantang mengkritik Anwar ketika berada dalam kerajaan dan Umno satu masa dahulu.

“Sejak beliau mula menyertai Umno, sehingga lah beliau keluar dari Umno, saya lantang mengkritiknya. Tapi sekarang (dalam Pakatan Rakyat kita) bersamalah,” katanya- K/Daily.

1 comment:

rubijum said...

Saudara Matoiriat.. Jangan percaya pada Mad Sabu. Dulu masa DSAI jadi PM dan Karpal Singh kata DSAI dituduh meliwat, siapa yang beri nama ALJ.... pada DSAI. Sekarang ni kenapa tak nak cakap pasal tu bila orang tanya?

Pasal penggunaan harta kerajaan di Pilihanraya ni semua pihak menggunakannya. Persoalannya sipa yang berkuasa.. Contohnya lihat piliharaya galas.. macamana jentera kerajaan negeri digunakan untuk menyokong kerajaan PAS.. Ada expo pertanian dan banyak juag YB PAS pakai kereta kerajaan turun berkempen! Kerajaan BN juga menggunakan jentera kerajaan pusat. Disini kita patut menilai secara adil jangan suka menuduh.. Kuman seberang lautan nampak.. Gajah depan mata tak nampak.

Dihulu selangor lebih dashyat semua Masjid, dewan orang ramai dan juga stadium mini di gunakan olih PKR untuk tujuan berkempen. Sampai Tok Guru di tegur olih DYMM Sultan Selangor berceremah di Masjid. ( Saya tak mahu persoalkan adakah bolih atau tak bolih. Itu adalah hak individu untuk menetutukan.)

Kesimpulannya jangan kita taksub sangat pada parti.. Cuba lihat pada fakta dan kebenaran.. barulah Islam akan maju.. Orang Cina dia lihat pada kepentingan bangsa dia dulu.. Melayu asyik nak kritik.. Menang sorak kampung tergadai

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...