Berahim katak masih lagi memiliki politik di zaman Pak Pandir. Apa lagi dengan mengugut serta memberi amaran kepada kaum Cina agar menjauhi himpunan kerana “apa sahaja boleh berlaku.”. Apa ini Berahim Katak? Usahlah nak buat sabotaj untuk menjadi dalang kepada UMNO-BN dengan hanya menjadi batu api untuk mencari publisiti murahan. Rakyat sudah kenal siapa kamu sebenarnya.
Kamu berjuang bukan berlandas prinsip tapi untuk kepentingan kamu sendiri.
Dunia politik kamu sudah sampai ke penghujung senja. Tak payah menjadi jaguh hanya untuk mengharapkan balasan dari UMNO, supaya kamu diberi tempat sebagai calon di PRU 13 nanti . Kamu boleh dianggap kain buruk yang hanya digunakan pakai untuk menyapu sisa-sisa makanan di kedai kopi mamak. Aku yakin politik kamu sebagai katak yang suka panggil hujan akan lenyap selepas PRU 13 nanti. Kamu juga antara spesies katak jahat dan khianat kepada rakyat yang ingin menuntut kebenaran dan keadilan
Artikel penuh kenyataan Ambiga Screenevasan..
Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan enggan melayan provokasi Pertubuhan Peribumi Perkasa (PERKASA) yang membakar gambarnya dan memberi amaran kepada kaum lain agar menjauhi perhimpunan aman BERSIH 2.0 yang dijadualkan berlangsung pada 9 Julai depan.
Menurut Ambiga, provokasi dekimian tidak menjejaskan perhimpunan aman itu kerana ianya adalah suara rakyat.
"Kami (Bersih) ialah gerakan aman, yang mahukan pilihan raya diadakan yang bersih telus dan adil. Kami adalah suara kehendak rakyat. Kami tidak menentang sesiapa," kata beliau kepada pemberita sebelum majlis pelancaran BERSIH 2.0 di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di sini hari ini.
"Saya tidak akan memberi sebarang kenyataan bersifat peribadi. Ia (alasan) kenyataan mereka. Saya tidak mahu membalas kenyataan seperti itu," tambah beliau.
Hari ini, PERKASA bersama 164 badan bukan kerajaan (NGO) melancarkan “perang” terhadap Himpunan Bersih 2.0 dengan membakar gambar Ambiga dan memberi amaran kepada kaum Cina agar menjauhi himpunan kerana “apa sahaja boleh berlaku.”
Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata perhimpunan anti-Bersih 2.0 akan diadakan serentak dengan himpunan aman itu dan beliau tidak akan bertanggungjawab atas sebarang insiden yang tidak diingini.
Sebelum ini Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mendakwa serangan penggodam ke atas laman- laman web kerajaan sejak kelmarin ada kaitan dengan Himpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak 9 Julai ini.
Menurut Ambiga, cubaan mengaitkan BERSIH 2.0 dengan parti politik langsung tidak tepat kerana ia kehendak rakyat dan ia tidak diperalatkan oleh mana- mana parti politik.
"Itu tuduhan yang tak tepat. Bila lihat ada 14 ahli jawatankuasa bersih. Semua dari NGO dan bukan parti politik," tegas beliau.-Tvsnews
Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
No comments:
Post a Comment