Monday, June 13, 2011

Hadi : Beri PR Mandat Tegakkan Negara Berkebajikan

              Konsep negara berkebajikan yang sudah pun diamalkan di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat menunjukkan penerimaan bukan Islam terhadap Islam, sesuatu yang gagal dilaksanakan oleh Umno.

             Kita telah berjaya merealisasikan melalui kerajaan negeri yang kita perintah seperti di Kelantan, Kedah dan pernah di Terengganu dan Perak. Penyertaan kita dalam kerajaan campuran, di Kedah, Selangor dan Pulau Pinang di mana hasilnya kita telah berjaya melakukan perubahan sikap di kalangan bukan orang Islam yang melihat Islam dari dekat apa yang gagal ditunjukkan oleh UMNO.
Artikel penuh kenyataan Presiden PAS, Ab Hadi Awang ..

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggesa pengundi memberikan Pakatan Rakyat mandat menawan Putrajaya untuk menubuhkan sebuah Negara Berkebajikan dalam erti kata sebenar dan bukan mengikut acuan Umno yang menghalalkan amalan rasuah dan penyelewengan kuasa.

Beliau menegaskan kritikan-kritikan pemimpin utama Umno terhadap Negara Berkebajikan yang diperjuangkan oleh PAS hanya menyerlahkan kecetekan mereka mengenai politk dalam konteks Islam.


Beliau berkata tidak timbul soal PAS mengabaikan perjuangannya atau pun perlembagaan yang berasaskan ajaran Al-Quran.

"Itu kenyataan (orang) yang tak membaca apa dia politik Islam, insyaAllah saya akan menulis sebuah buku negara berkebajikan, di mana apa yang kita bentangkan adalah berlandaskan kepada perlembagaan PAS yang menjadikan panduan Quran hadis, ulama," kata beliau selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS petang tadi.

"Konsep kebajikan yang dimaksudkan bukan sahaja kebajikan masyarakat yang difahami mereka yang tak faham politik Islam termasuklah kebajikan yang tak mengerjakan yang haram, antaranya meninggalkan rasuah bukan sahaja kerana SPRM tapi kerana perintah Allah swt," tambah beliau.

"Beri peluang kepada kita 5 tahun dan kita akan tunjuk apa dia yang boleh kita lakukan," kata Hadi

Perdana Menteri Najib Razak, mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan Abdullah Badawi masing-masing mengkritik PAS kerana memperjuangkan penubuhan sebuah Negara Berkebajikan yang dianggap memesong daripada perjuangan parti itu sebelum ini.

Malah Najib berkata perubahan itu kononnya memberi kemenangan kepada rakan PAS dalam Pakatan iaitu DAP, manakala Abdullah menyifatkan konsep negara berkebajikan dipakai untuk menarik pengundi bukan Islam.

Hadi berkata segala kritikan itu hanya menunjukkan Umno semakin gusar dengan cabaran PAS dalam menghadapi pilihanrnaya umum akan datang.

"Itu menandakan mereka terasa kepanasan dengan konsep yang kita bentangkan, mereka tak tahu selama ini dan sudah banyak cuba nak ikut kita, yang terbaru mahu tubuhkan sayap ulama UMNO."katanya.

Hadi berkata konsep negara berkebajikan yang sudah pun diamalkan di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat menunjukkan penerimaan bukan Islam terhadap Islam, sesuatu yang gagal dilaksanakan oleh Umno.

"Sebahagiannya kita telah berjaya merealisasikan melalui kerajaan negeri yang kita perintah seperti di Kelantan, Kedah dan pernah di Terengganu dan Perak. Penyertaan kita dalam kerajaan campuran, di Kedah, Selangor dan Pulau Pinang di mana hasilnya kita telah berjaya melakukan perubahan sikap di kalangan bukan orang Islam yang melihat Islam dari dekat apa yang gagal ditunjukkan oleh UMNO."

Menurut beliau, meskipun pelbagai kekangan diletakkan oleh Putrajaya terhadap kerajaan negeri yang ditadbir PR, gagasan itu menunjukkan kemampuannya untuk mentadbir secara telus dan mendokong konsep negara berkebajikan.

"(Cuma sekarang) jangan mereka cabuli sistem federalisma dengan menekan negeri-negeri yang kita menang dalam pilihan raya sehingga tidak menghormati konsep federalisma, campur urusan negeri, pentadbiran, sekat pelabur dan sebagainya. (Saya harap mereka) memberi peluang kepada media untuk kita beri penjelasan yang sewajarnya kepada rakyat, saya bersedia untuk menjadi tetamu kepada media untuk membuat penjelasan," kata beliau-Tvsnews

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...