Saturday, June 25, 2011

KEADILAN terbit dokumentari dedah tembelang Datuk T

            Anggota parlimen Sungai Petani MP Johari Abdul hari ini mengeluarkan versi seks video yang disunting kepada media untuk menunjukkan keraguan sekitarnya.Ia sekali gus bagi membuktikan bahawa KetuAnggota parlimen Sungai Petani MP Johari Abdul hari ini mengeluarkan versi seks video yang disunting kepada media untuk menunjukkan keraguan sekitarnya.Ia sekali gus bagi membuktikan bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah lelaki dalam video itu. 
            UMNO tidak ada modal politik yang menarik untuk berdepan dengan Anwar dan Pakatan Rakyat. Milleage politik UMNO hanya bergantung kepada reka cipta dongeng Video Seks dengan bermodalkan perogol gadis belasan tahun yang tidak diambil apa-apa tindakan hingga kini dan selamanya. Apakah perogol ini layak untuk bercakap soal moral daN akhlak?
          UMNO melihat Anwar satu-satunya yang dapat menghalang mereka dari terus mengekalkan kuasa. Untuk menyekat dan berdepan dengan Anwar secara demokratik, mereka tidak mampu kerana Anwar dilihat lebih karismatik dan wibawa sebagai seorang pemimpin. Maka untuk menghalang Anwar dari terus bersuara dipersada politik tanah air, terpaksa direka cipta cerita-cerita dongeng,  karut dan seks untuk mengaibkan Anwar  dalam pembicaraan mahkamah Pak Pandir yang lintang pukang dan tak masuk akal . Ini adalah satu konspirasi peringkat tertinggi yang paling jahat untuk memusnahkan kredibiliti politik Anwar dikaca mata rakyat. Manusia cuma merancang. Tuhan yang menentukan. Perancangan tuhan adalah sebaik-baiknya.
Video Seks - Itu Bukan Anwar (Part 1)



Video Seks- Itu Bukan Anwar (Part 2)






KEADILAN terbit dokumentari dedeh tembelang Datuk 'T'
KEADILAN menerbitkan video dokumentari bagi membuktikan keraguan video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ia bertujuan menangkis usaha jahat Umno-BN menerusi trio Datuk T, sekaligus mengesahkan lelaki dalam video seks berkenaan bukan Anwar.
Dokumentari itu menampilkan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul sebagai pengulas dengan memaparkan analisa video seks berkenaan.
Perkara itu diumumkan Johari dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN sebentar tadi.
Dokumentari itu sebagai respon kepada laporan pakar lantikan polis di Amerika Syarikat yang mendakwa lelaki dalam video seks yang ditayangkan Datuk T,adalah Anwar.
Video berdurasi selama 37 minit itu mendedahkan pelbagai persoalan- antaranya bayang-bayang yang muncul dari dalam bilik ketika aksi seks itu dirakamkan dan penggunaan remote control oleh pelaku.
Dokumentari itu juga mendedahkan bahawa rakaman video seks itu sengaja dihitam putihkan supaya wajah pelaku terbabit, kelihatan samar,  selain pelbagai kelemahan antaranya bentuk tubuh pelaku  yang lebih besar, berperut boroi dan berhidung mancung.
Dalam dokumentari itu juga Johari menimbulkan persoalan mengapa lelaki X memakai cermin mata di awal rakaman, sedangkan Anwar sudah lama tidak memakai cermin mata selepas menjalani pembedahan mata.
Johari merupakan satu-satunya Ahli Parlimen KEADILAN yang ditunjukkan rakaman berkenaan oleh Trio Datuk T yang terdiri daripada Tan Sri Rahim Tamby Chik,  Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuaib Lazim pada Mac lalu.
Menjadi P Ramlee

Beginilah wajah Johari Abdul apabila disolek menjadi P Ramlee.
Untuk mengesahkan dakwaannya, Johari dalam dokumentari itu ‘mencuba’ menukar dirinya untuk menjadi P Ramlee dengan menggunakan khidmat jurusolek di Bangkok, Thailand.
Meskipun mengakui raut wajah antara mereka sangat berbeza, namun juru solek berkenaan berjaya mengubah wajahnya, mirip kepada seniman agung itu.
“Transformasi ini dibuat tanpa juru solek menggunakan silkon yang akan menambah lagi keserupaan saya dengan Allahyarham P. Ramlee,” ujarnya dalam dokumentari itu.
Selain menimbulkan pelbagai kepincangan, Johari dalam dokumentari itu juga mendedahkan sebab dan punca mengapa trio Datuk T bertindak menayangkan video seks mengaitkan Anwar.
Antaranya disebabkan dendam Eskay, malah menurut JOhari, Eskay sendiri memberitahunya bahawa akan menjatuhkan Anwar dalam apa cara sekali pun.
Pada babak lain, dokumentari yang dihasilkan Johari mendedahkan pengakuan Mohd Mahte Abdul Rahim, pegawai polis dan bekas pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid.
Mahte memberikan petunjuk awal bahawa video itu dirakam di Thailand dan kaitan konspirasi yang disusun Eskay berikutan keengganan Anwar untuk membantunya dalam kes saman jambatan bengkok.

4 comments:

Anonymous said...

Nama-nama pakar fotografi itu tidak pernah dinyatakan. Siapakah mereka? Benarkah pakar-pakar fotografi itu tulen?

Katanya pakar fotografi itu dari Dartmouth College. Saya cuba mencari sama ada kursus Sarjana Muda Fotografi di Dartmouth College tetapi kursus itu tidak ditawarkan. Demikian juga Sarjana Fotografi.

rubijum said...

Salam Saudara Martoitiat,, nampaknya komen saya yang lepas tak di siarkan, kata tak nak siarkan komen tanpa nama.. tapi bila tanpa nama kena dengan citarasa tuan maka disiarkan.. Inilah prisip orang perjuangan yang berperinsip!!!!

rubijum said...

Salam Saudara Martoiriat.. Dua pakar itu ialah "Dua pakar dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire, AS yang menjalankan analisis itu ialah Profesor Hany Farid dan Profesor Lorenzo Torresani." Ini di petik dari Utusan Malaysia berdasarkan kenyataan di Mahkamah...Utusan Malaysia 25 June 2011... MANA TAK ADA NAMA!!!!!

rubijum said...

Kalau betul bolih buat kenapa tak buat Video Seks Datuk T dan hantar kepada pakar untuk mengesahkan. Selepas itu tengok apa kata pakar itu kata. kalau dikata tulin, terus cakap dia pakar "cap ayam". Senang cerita!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...