Friday, June 24, 2011

Larang pakai, jual baju Bersih jadi lawak jenaka- Mahfuz



          Belum pun perhimpunan Bersih diadakan, penjualan t-shirt telah menjadi kesalahan. Ini satu lawak jenaka. Apakah penjualan t-shirt satu jenayah?  Atau apakah salah disisi undang-undang negara ? Kemudian mereka mahu mengambil tindakan terhadap penjual t-shirt Bersih. Ini tak masuk akal macam undang-undang zaman Pak Pandir.
         Tapi pengedar dan Video Seks yang diedarkan dimerata-rata tempat diseluruh negara tidak menjadi kesalahan dan tidak diambil apa-apa tindakan. Hairan Bin Ajaib. Itulah padahnya jika terlalu lama berkuasa. Undang-undang pun tidak tahu guna pakai dan masih lagi bercirikan undang-undang Jakun.


Artikel penuh kenyataan Mahfuz Omar ..
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahuz Omar menganggap tindakan polis yang menghalang penjualan t-shirt Bersih merupakan satu lagi lawak jenaka terbaru  kerajaan Malaysia. 


Semalam, seorang ahli KEADILAN ditangkap polis dan diminta memberi kenyataan berhubung penjualan  baju berkenaan.“Belum pun perhimpunan Bersih diadakan, penjualan t-shirt telah menjadi kesalahan. Ini satu lawak jenaka. Apakah penjualan t-shirt satu jenayah?,” soal Mahfuz mengulas tindakan pihak berkuasa tersebut.

Menurut Mahfuz, polis sebenarnya melakukan provokasi dengan menggambarkan perhimpunan Pada 9 Julai ini sebagai ancaman kepada rakyat dan keselamatan negara.
“Begitu juga dengan sikap media arus perdana yang menggembar-gemburkan berita.
“Kemudian mereka mahu mengambil tindakan terhadap penjual t-shirt Bersih. Ini tak masuk akal,” katanya kepada Keadilandaily.
Sementara itu Ahli Parlimen Kapar, S Manickavasagam berkata, beliau sendiri akan memakai T-shirt Bersih sebagai tanda sokongan kepada himpunan itu 9 Julai ini.
“Ancaman polis termasuk menakut-menakutkan dan tidak membenarkan orang ramai memakai baju kuning memang lucu,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.
Kira-kira jam 10 malam tadi, seorang ahli Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Razali Abd Ghafar ditahan polis kerana menjual T-shirt Bersih ketika program ceramah Pakatan Rakyat di Kampung Sungai Merab, Bangi.
Beliau dibawa oleh dua orang polis ke Balai Polis Abu Bakar Baginda, namun dilepaskan tidak berapa lama kemudian.
Ketika dihubungi Keadilandaily, Razali memaklumkan bahawa polis hanya mengambil keterangan dengan bertanyakan maklumat mengenai pencetak dan pengedar baju diperolehi.-K/Daily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...