Monday, June 6, 2011

PAS Janji Sokongan Bulan Untuk Bersih 2.0

Rakyat harus bangkit menuntut Pilihan raya yang adil dan bersih
           PAS akan memberi sokongan penuh kepada Himpunan Aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai untuk mendesak Suruhanjaya Pilihanraya memastikan pilihanraya umum ke 13 dikendalikan tanpa penipuan dan pembohongan 9 Julai nanti.
         Usul yang dikemukakan oleh Timbalan Presiden baru PAS Mohamad Sabu itu mendapat sokongan penuh daripada seluruh perwakilan dan delegasi di Muktamar Tahunan ke 57 PAS di sini hari ini.

"PAS menggesa seluruh rakyat Malaysia daripada berbagai peringkat menyertai BERSIH 2 pada 9 Julai 2011 di Bandaraya Kuala Lumpur," kata Mohamad Sabu.

"Semua organ parti dan semua lapisan pimpinan parti Pas, PR dan NGO akan digerakkan untuk menjayakan himpunan tersebut," tegas Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu.


Beliau turut menegaskan keadaan semakin meruncing buat Pakatan Rakyat lantaran manipulasi penuh oleh Kerajaan Pusat terhadap agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan media negara.

Beliau memberi contoh media negara asing yang sering memberi peluang parti pembangkang menyatakan pendapat mereka kepada rakyat umum.

"Media bebas hampir tak wujud di Malaysia. Di Muktamar ini, walaupun ramai media temuramah kita, kamera berkelip sampai kelabu mata, tapi bila kita nak tengok berita kita, tak ada," kata beliau lagi.

Beliau turut mengutarakan kejadian pendaftaran pendatang haram di Selangor yang semakin serius setelah pembongkaran aktiviti itu oleh Pakatan Rakyat di Hulu Selangor baru-baru ini.

"Seruan dari Presiden kita mahu ahli dan penyokong PAS sahaja berjumlah 300 ribu orang dan kita akan berurusan dengan badan NGO lain dan sertai Himpunan Bersih untuk tuntut keadilan dalam Pilihan Raya," tegas beliau lagi.-Tvsnews

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...