Tuesday, June 14, 2011

RM100 juta pemborosan Rais Yatim boleh bina jalan raya 60 km – Shuhaimi


           Najib tidak boleh berdiam diri apabila menterinya menghabiskan sejumlah wang  hanya satu majlis kerana ini satu pembaziran yang dibimbangi ada komisyen kepada orang tertentu.
           Inilah menteri Umno BN yang sanggup melihat kesusahan rakyat demi mengkayakan kroni. Pembaziran ini tidak sepatutnya berlaku dalam keadaan ekonomi yang merosot,
Artikel penuh kenyataan Shuhaimi Shafiei
Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei menyifatkan peruntukan bagi meraikan Hari Seniman yang dihabiskan  Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim sebanyak RM 100 juta sebagai pembaziran tahap melampau.


“Ini pembaziran tahap melampau di kala rakyat dibebani dengan penarikan subsidi oleh kerajaan. Duit sebanyak itu boleh dibuat jalan sejauh 60 km, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti ambil tindakan dan siasat segera peruntukkan yang begitu besar,” kata Shuhaimi kepada KeadilanDaily.
Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu mengambil tindakan tegas berhubung perkara tersebut kerana dikhuatiri terdapat penyelewengan dilakukan pihak tertentu.

“Najib tidak boleh berdiam diri apabila menterinya menghabiskan sejumlah wang  hanya satu majlis kerana ini satu pembaziran yang dibimbangi ada komisyen kepada orang tertentu.
“Inilah menteri Umno BN yang sanggup melihat kesusahan rakyat demi mengkayakan kroni. Pembaziran ini tidak sepatutnya berlaku dalam keadaan ekonomi yang merosot,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau tidak menolak sekiranya wujud kebocoran sekurang-kurangnya 40 peratus daripada wang peruntukan untuk program itu.
“Tidak sepatutnya sebanyak itu peruntukkan untuk Hari Seniman, tidak mustahil sekiranya ada kebocoran sekurang-kurangnya 40 peratus yang kita ragui yang pergi ke tempat lain,” kata beliau.
Bernama sebelum ini melaporkan Datuk Rais Yatim  menghabiskan RM100 juta, atau separuh bajet tahunan untuk projek kreatif untuk acara sehari sambutan Hari Seniman 2011 yang disifatkan oleh penggiat seni tempatan sebagai “projek mee segera”.
Tindakan itu turut menghadirkan kecaman daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menyatakan, sebahagian  jumlah itu atau RM2 juta, boleh digunakan untuk membiayai festival warisan George Town selama sebulan di Pulau Pinang yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.-K/Daily

1 comment:

rubijum said...

Betul ke saudara RM100 juta ni buat majlis.. RM100 juta separuh budget negeri Kelantan.. banyak duit tu... Kalau nak menipu pun jangan tipu kering.. takan nak n=buat majlis sampai RM100 juta... RM100 juta ni mesti sampai MOF approval dsbnya.. Kalau nak tipu orang buta pun, orang buta suka...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...