Thursday, June 23, 2011

AMK desak Ibrahim Ali didakwa bawah Kanun Keseksaan


Perbuatan Ibrahim Ali itu adalah satu kesalahan jenayah  dan menuntut polis bertindak segera demi keharmonian kaum di Malaysia. Beliau  wajar disiasat mengikut seksyen 505 Kanun Keseksaan yang merujuk kepada perbuatan mengedar atau membuat kenyataan menghasut atau melakukan jenayah.

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi terhadap Presiden Perkasa, Ibrahim Ali kerana mengeluarkan kenyataan menghasut dan bersifat perkauman.
Sayap KEADILAN itu menuntut supaya Ibrahim yang mengeluarkan ancaman kepada kaum Cina ditangkap dan didakwan di bawah Kanun Keseksaan.

Laporan polis itu dibuat Timbalan Ketua Penerangan, Rozan Azen Mat Rasip dengan diiringi Timbalan Ketua AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin serta beberapa  anggotanya.
Rozan berkata, pada majlis di padang Kelab Sultan Sulaiman 19 Jun lalu, NGO pro Umno itu telah mengarahkan kaum Cina ‘menyimpan stok makanan di rumah’ jika Bersih meneruskan himpunan mereka.
“”Saya percaya bahawa kata-kata ini berunsur hasutan jenayah yang menjurus kepada keganasan secara khusus ditujukan kepada orang berbangsa Cina yang ingin mengamalkan hak untuk berhimpun secara aman sepertimana yang dijamin di bawah artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, bebas dari sebarang ancaman keganasan dari mana-mana pihak semasa menyertai perhimpunan BERSIH,” laporan polis Rozan dipetik.
Tegasnya, perbuatan Ibrahim Ali itu adalah satu kesalahan jenayah  dan menuntut polis bertindak segera demi keharmonian kaum di Malaysia.
Sementara itu, Khairul pula berkata, perbuatan Ibrahim  wajar disiasat mengikut seksyen 505 Kanun Keseksaan yang merujuk kepada perbuatan mengedar atau membuat kenyataan menghasut atau melakukan jenayah.
Menariknya, mereka yang membuat laporan polis hari ini masing-masing berpakaian kuning bagi menyatakan sokongan penuh terhadap himpunan Bersih 2.0, yang bakal diadakan pada 9 Julai depan.-K/Daily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...