Thursday, June 30, 2011

Hishamuddin Harus Jelas Akta, Tangkap Individu Berbaju Kuning

            Tolong nyatakan apa aktiviti yang dilakukan bersih bertentangan dengan undang-undang? Kalau kata sebab nak adakan himpunan, Ia belum diadakan. Suhakam juga kata perhimpunan ini boleh dilakukan bawah undang-undang. Ia jadi hak masyarakat di negara ini. 
            Begitulah pemikiran sempit seorang Menteri Dalam Negeri yang kehabisan modal politik.Ini satu yang sangat melucukan dalam sistem perundangan negara ini sehingga pakai baju yang ada perkataan bersih pun menjadi satu kesalahan dalam negara. Selepas ini nanti mungkin pakai coli dan seluar dalam bersih warna  kuning pun akan ditangkap. Habis rakyat akan dibogelkan untuk disiasat. Undang-undang yang tidak masuk akal dan bodoh dijadikan modal politik untuk menangkap rakyat.  
Arikel penuh kenyataan Mahfuz Omar..
Kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Hishamuddin Hussein bahawa pemakaian baju rasmi Bersih 2.0, berwarna kuning adalah haram menjadi bahan lucu dikalangan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar menyatakan Hishammuddin seperti fobia dengan Himpunan Bersih kali pertama sehingga mendorongnya memberikan kenyataan yang tidak masuk akal bersabit himpunan aman itu.


Mahfuz berkata, Hishamuddin juga dan seolah- olah merestui tindakan tidak relevan polis menangkap sesiapa sahaja yang memakai baju berwarna kuning tanpa mengikut Undang-undang.

Beliau mempersoalkan 'pengharaman' tersebut dan meminta Hishammuddin menjelaskan peruntukan undang-undang yang digunapakai dalam mengeluarkan arahan itu.

"Ini satu yang sangat melucukan dalam sistem perundangan negara ini sehingga pakai baju yang ada perkataan bersih jadi satu kesalahan dalam negara.

"Saya nak mintak dia perlu menyatakan di mana kesalahan bersih. Bagaimana dia kata bersih pertubuhan haram? Semua NGO yang bergabung ini bertafdar dengan ROS. Tidak ada satupun NGO haram menyertai Bersih.

"Tolong nyatakan apa aktiviti yang dilakukan bersih bertentangan dengan undang-undang? Kalau kata sebab nak adakan himpunan, Ia belum diadakan. Suhakam juga kata perhimpunan ini boleh dilakukan bawah undang-undang.Ia jadi hak masyarakat di negara ini," kata beliau dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Hishammuddin hari ini berkata adalah satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju yang berkaitan dengan aktiviti haram bagi menghalalkan tangkapan ke atas mereka yang memakai baju BERSIH 2.0 oleh polis.

"Jika kemeja-T BERSIH berhubungkait dengan aktiviti haram, maka memakainya adalah juga haram,” katanya kepada wartawan hari ini.

Mahfuz mempersoalkan NGO lain yang tidak diganggu polis walaupun kenyataan mereka jelas mahu mencetuskan kekecohan.

Umpamanya, Presiden Perkasa Ibrahim Ali yang sebelum ini menyatakan 'apa-apa sahaja boleh berlaku' dan mengugut kaum Cina agar 'menyimpan bekalan makanan.

Pengerusi Pertubuhan Silat Lincah Malaysia Omar Din berkata semalam, sejuta ahli persatuan silat akan turun padang bagi membanteras sekeras-kerasnya Himpunan Bersih yang dijadualkan pada 9 Julai ini.

"Pemuda UMNO, Perkasa, Pertubuhan Silat Lincah dan sebagainya. Saya akui mereka berdaftar tapi mereka membuat kenyataan akan adakan himpunan yang boleh mencetuskan peperangan pada 9 Julai ini? Mengapa mereka boleh memakai baju pertubuhan ini seperti baju patriot UMNO dan sebagainya? kata beliau.-Tvsnews

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...