Thursday, June 9, 2011

Karpal nasihatkan Dr M supaya bertaubat

           Sepatutnya mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir berkelakuan seperti seorang negarawan ulung bukannya berkelakuan seperti seorang yang belum insaf dengan banyak kesalahannya menghinakan Islam semasa menjadi Perdana Menteri .
          Mahathir sepatutnya sedar dan insaf  dengan apa yang beliau lakukan terhadap Agama Islam selama ini.  Saya masih lagi ingat dan terkenang dalam ucapan beliau, " Nabi tidak perlu diagong-agongkan dan kita tidak perlu berterima kasih kepada nabi". Itulah kata-kata beliau diperhimpunan Agong UMNO di PWTC, pada 11/5/2000 dan disiarkan di Utusan Malaysia muka surat 6 pada 12/5/2000. Begitu juga dengan kata-kata beliau, jika laksanakan hukum hudud, " siapa nak potong tangan?  Nik Aziz agaknya", katanya lagi, "Nabi simpan janggut kerana tak ada pisau gillete". Itulah tahap pemikiran sempit Mahathir yang menguriskan umat Islam.
            Mahathir sepatutnya tahu beliau sudah sampai ke penghujung jalan, "meniti usia senja". Seharusnya sisa-sisa hidup beliau yang panjang sejengkal lagi dihabiskan di Masjid-Majid, berzikir serta bertaubat dengan apa yang beliau lakukan selama ini. 

Artikel penuh kenyataan Karpal Singh...
Pengerusi DAP yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh menggesa mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya berkelakuan seperti seorang negarawan ulung dan menutup mulutnya.

Katanya, Dr Mahathir yang sedang “meniti usia yang senja” sepatutnya menggunakan sisa-sisa kehidupannya supaya bertaubat atas segala salah laku silamnya.


“Dia banyak buat kesalahan (semasa menjadi perdana menteri) dan sepatutnya menggunakan sisa-sisa kehidupannya untuk bertaubat kerana banyak bersalah kepada negara dan rakyat,” katanaya.

“...Sebagai perdana menteri, dia sangat degil dan tidak sepatutnya berkelakuan seperti itu.”

Menurut Karpal lagi, Mahathir juga tidak sepatutnya campur tangan dalam hal ehwal Pakatan Rakyat.

Beliau mengulas komen dalam blog yang dimuat-naik oleh Mahathir semalam yang mendakwa Karpal sepatutnya gembira dengan barisan kepimpinan baru PAS yang dikatkan lebih rapat dengan DAP.

Mahathir menulis Karpal tidak lagi perlu mati untuk PAS melangkah mayatnya terlebih dahulu jika parti tersebut berhasrat mahu menubuhkan sebuah negara Islam kerana, perjuangan pengerusi DAP itu sudah pun tercapai tanpa perlu dia bersusah-payah.

"Tokoh yang memang besar di sebalik muktamar kali ini adalah Karpal. Perjuangannya supaya PAS gugurkan matlamat untuk mendiri negara Islam yang akan menguatkuasa hukum hudud sudah pun tercapai. Karpal tidak perlu mati untuk PAS melangkah mayatnya.

"Belum pun dia mati, PAS sekarang sudah menjadikan perjuangan untuk negara Islam dan hukum hudud tidak lagi perkara utama. Sekarang PAS akan berjuang untuk negara kebajikan," kata Mahathir dalam blognya.

Mengulas tulisan itu, Karpal berkata Mahathir juga tidak harus lupa bahawa sekitar 2001 di perhimpunan Gerakan, mantan perdana menteri itu telah berkata Malaysia adalah sebuah "negara Islam".

“Kenyataan di blognya itu tak perlu kerana dia sudah berkata demikian, kali pertama pada 2001, kecuali dia sudah lupa,” kata Karpal.

Beliau juga mengalu-alukan tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu membawa Malaysia ke sebuah negara berkebajikan jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya. -M/kini

2 comments:

Anonymous said...

Semakin banyak cakap, semakin merapu orang tua nih. Semakin kerap bercakap, semakin nyata nyanyuk nye. Antara ciri-ciri orang nyanyuk ialah pelupa, celupar dan syok sendiri. Tak pe le, biorkan dia puas-puas. Bila lelap sonyaplah dia.

rubijum said...

Secara menyeloroh.. kalau kita lihat kepada sumbangan dalam pembangunan dan arah tuju negara Mahathir dgn Nik Aziz, mana yang lebih menonjol. TGNik Aziz kalau tak bolih buat kata campurtangan istana??? Tolong cerritakan sumbangan pembangunan TG Nik Aziz!!! Dulu Tok Guru cakap kronisma tapi bila kes Ariff Fahmi semua tak ada!!! Contoh Ulamak pendiriaan tak berubah walaupun terkena diri sendiri..

Contoh lain liha Haji Hadi dulu bolih mengumpat dan membuka aib pemimpin, sekarang tak bolih.. mana krebiliti beliau... Sesungguhnya Allah itu tidak pelupa dan segala yang apa kita cakapan dulu dan sekarang akan menjadi bukti di Akhirat nanti..

Dalam soal DSAI.. PAS banyak hilang krebiliti.. buat apa nak bela dia biar kebenaran.

Untuk renungan cuma renungan.. berapa banyak sembayang hajat di lakukan tapi makin banyak bukti berlaku salah laku... mungkin.. mungkin itu adalah pentujuk dari Allah.. Walallah Hualam!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...