Saturday, June 4, 2011

PAS Makin Berpotensi Ganti Umno, Kata Nik Aziz

            PAS dilihat semakin berpotensi menggantikan Umno kerana displin dan keteguhan ahli serta kepimpinan parti itu dalam mengharungi pelbagai cabaran, kata Murshidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat.
           “Pada saat Umno dan Barisan Nasional dilihat semakin hampir dengan ambang kejatuhannya, PAS semakin dilihat berpotensi untuk menggantikan UMNO. Disiplin, thiqah, dan keteguhan pimpinan dan ahli-ahli PAS adalah syarat yang perlu dipatuhi,” kata beliau ketika merasmikan Dewan Muslimat di Shah Alam malam tadi.

“ Atas syarat inilah, kerajaan PAS di Kelantan mampu bertahan walaupun dengan majoriti satu kerusi sahaja. Prestasi ini dipandang tinggi oleh rakan-rakan kita di dalam Pakatan Rakyat. Tinggal lagi adakah kita bersedia menerima persepsi setinggi itu dan bersiapkan kita sebagai parti yang akan berada di Putrajaya kelak?” kata beliau.

Datuk Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan, berkata parti itu berjaya menunjukkan visinya dalam menangani isu-isu panas termasuk penyertaan wanita sebagai calon dalam pilihanraya di peringat DUN mahupin Parlimen serta pada pemilihan parti sendiri.


“Alhamdulillah, kini mulut-mulut luas yang suka melemparkan tohmahan buruk terhadap PAS kian sempit. Bahkan PAS boleh dianggap lebih terkedepan daripada UMNO apabila menyaksikan kerusi Naib Presiden pernah ditandingi oleh seorang Muslimat PAS,” tambah beliau.

“Demikian juga dengan siri pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum 2008, kita pernah membariskan calon wanita di DUN Tenang pada saat Pergerakan Wanita UMNO masih gagal menampilkan calon mereka di dalam pilihanraya kecil,” kata beliau.

Datuk Nik Aziz berkata PAS tetap berpegang kepada komitmet untuk membebaskan umat Islam daripada “kepungan Jahiliyah” dan bukannya untuk mencari kemenangan pada pilihanraya semata-mata.

“Biarpun ruang demokrasi itu kian sempit namun perjuangan untuk membebaskan umat Islam dari kepungan jahiliyah moden ini berpandukan syara' mesti diteruskan walau dengan apa cara sekalipun”, tambah beliau.

“Justeru, penyertaan dan penglibatan msulimat bersama PAS dalam pilihanraya bukanlah didorong oleh inginkan kemenangan pilihanraya sebaliknya ia didokong oleh prinsip syariat Islam agar mengisi ruang sistem bernegara dan menggantikan sekularisme yang menjadi anutan kerajaan yang ada pada hari ini,” kata Datuk Nik Aziz.

Beliau menegaskan bahawa PAS tidak boleh lalai dalam berdepan dengan penjajahan pemikiran dan gelombang sekular membelakangkan nas-nas Islam.

“(Gelombang ini) datang dengan pelbagai warna, ada yang biru dan ada yang merah. Walau apa jua warna sekalipun, ia tetap merupakan gelombang jahiliyyah yang mesti ditolak. Maka mantapkanlah perjuangan kita sebagai satu ibadah demi mengembalikan kesemua aspek kehidupan manusia ke bawah naungan redha Allah SWT,” tambah beliau.-Tvsnews

1 comment:

rubijum said...

Salam Saudara Martoiriat.. Artikel ini adalah paling lucu. Kalau PAS di bawah kepimpinan dan krediliti pemimpin sekarang akan menggatikan UMNO maka ia adalah perkara yang lucu, ajaib. Mentadbir kelantan selama 20 tahun sudah dapat menilai macamana kredilitui dan bakat mentadbir para pemimpin PAS. Kalau setakat berceramah itu di katakan pemipmpin hebat maka konsep mentadbir negara dalam dunia sekarang adalah jauh panggang dari api.

Kalau PAS mentadbir negara nesacaya mereka akan menjadi boneka PKR dan DAP sepertimana yang berlaku di Perak, Banyangkan Tanah leasehold diluluskan sebanyak 999 thaun untu penyokong DAP sedangkan tidak pernah kerajaan berbuat demikian selama ini. Nizar hanya menjadi Boneka Khar koh meng dan sepupunya.

Di kelantan sila tunjukan pencapain terbaik PAS mentadbir kerajaan selain rheotorik. Menjadi Bnadar Kota Bharu sebagai bandar Islam adalah contoh yang baik tapi lihat pelaksaanaanya. Sampah di merata2 dan yang lebih truk lagi cuba saudara masuk dalam Tandas awan di bandar KB... dan juga di Masjid Muhamadi.. Senang untuk mengatakan ia adalah tanggungjawab Majlis Agama Islam tapi apa kerajaaan negeri buat tentang hal ni. Kalau nak mentadbir soal kebersihan pun tak dapat macamana nak mentdbir negara. Saya bolih memberi 1001 contoh lagi tapi cukuplah setakat ini untuk saudara renungkan

Salam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...