Friday, June 17, 2011

M’sia masih diktator, seperti S’pura dulu

              Rakyat dikawal menerima maklumat begitu juga media pada hari ini yang hanya menjadi alat menyampaikan dakyah kerajaan pemerintah,” Kalau kita lihat pilihan raya umum 2008 rakyat sudah lihat bahawa kerajaan BN boleh ditumbangkan tapi bolehkah kita menang tanpa pilihan raya yang adil? Tidak boleh, kita tidak boleh menang selagi pilihan raya tidak adil dan bebas. Sebab itu dalam himpunan Bersih ini kita menuntut beberapa perkara yang harus dilakukan SPR untuk memastikan sistem pilihan raya di negara kita diadakan dengan betul.
Artikel penuh kenyataan Mohd Sabu ..
Malaysia dibawah Barisan Nasional (BN) didakwa mengamalkan sistem pemerintahan kuku besi seperti Singapura pada suatu ketika dahulu dengan menyekat kebebasan bersuara, gara-gara bimbang kalah dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Menurut Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Singapura kini mengalami banyak perubahan sejak pilihan raya negara itu bulan lalu, sebaliknya Malaysia masih mengamalkan sistem pemerintahan diktator.

Merujuk kepada tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), beliau berkata rakyat dinafikan hak dan keadilan dalam menuntut sistem pilihan raya yang adil dan bebas.
“Rakyat dikawal menerima maklumat begitu juga media pada hari ini yang hanya menjadi alat menyampaikan dakyah kerajaan pemerintah,” katanya ketika menyampaikan ceramah sempena pelancaran Bersih 2.0 peringkat negeri Selangor di Dewan Hamzah di sini malam tadi.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, jika kita perhatikan pilihan raya Singapura bulan lalu semua pemimpin parti politik bebas untuk akses dalam media, mereka boleh menggunakan radio atau televisyen untuk sampaikan hasrat mereka.

Media dikawal kerajaan

“Tapi di Malaysia adakah perkara begitu berlaku? Tidak, media Malaysia dikawal oleh kerajaan, rakyat pula tidak boleh akses kepada media.
“Sepatutnya dalam mana-mana pilihan raya, media seperti TV3 beri pemimpin Umno cakap sejam kemudian bagi kita (pembangkang) cakap sejam tapi perkara itu tidak pernah berlaku,” katanya.
Beliau menyeru rakyat membuat perubahan dengan menyertai himpunan Bersih pada 9 Julai ini agar tuntutan pilihan raya yang adil dan telus terlaksana.
Menurut Mat Sabu, himpunan Bersih 2.0 diadakan sebagai mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan yang adil dan telus tanpa dibayangi kerajaan BN.
“Kalau kita lihat pilihan raya umum 2008 rakyat sudah lihat bahawa kerajaan BN boleh ditumbangkan tapi bolehkah kita menang tanpa pilihan raya yang adil? Tidak boleh, kita tidak boleh menang selagi pilihan raya tidak adil dan bebas.
“Sebab itu dalam himpunan Bersih ini kita menuntut beberapa perkara yang harus dilakukan SPR untuk memastikan sistem pilihan raya di negara kita diadakan dengan betul.
“Kita tidak mahu negara kita menjadi seperti di Timur Tengah, saya sendiri tidak mahu perkara seperti itu berlaku. Tapi biarlah rakyat sekurang-kurangnya rasa puas hati terhadap pilihan raya.
“Biar rakyat rasa puas hati, BN kalah pun tiada masalah…Pakatan Rakyat menang pun tiada masalah,” katanya berseloroh sambil menerima tepukan daripada 250 hadirin.- FreeMalaysiaToday

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...