Kenapa Umno tidak boleh bersaing di pentas politik dengan PAS, PKR.dan DAP secara sihat tanpa perlu menggunakan fitnah dengan cara jijik dan tidak bertamadun. Apakah milleage politik UMNO hanya dengan mengedar video seks fitnah ?
Di jaja sana sini sehingga boleh dianggap UMNO mengiakan perlakuan mengedarkan video lucah itu. Tidak adakah isu-isu yang terbaik untuk menarik minat rakyat menyokong UMNO? Apakah UMNO tidak ada modal politik untuk menyakinkan rakyat dengan isu-isu yang rasional dan bertamadun?
Sudahlah mengedar Video seks itu adalah salah disisi undang-undang tapi pihak berkuasa termasuk pihak polis terus berdiam diri tanpa diambil apa-apa tindakan hingga kini. Dimanakah ketelusan dan kedaultan undang-undang yang dilaung-laungkan pemimpin UMNO
Contohnya isu Anwar nampaknya mendapat fokus dan diutamakan dengan paparan di muka depan media arus perdana yang sangat keterlaluan dan jijik. Mungkin semuanya mendapat restu pimpinan Umno tanpa memberi ruang pada Anwar untuk menjawab persoalan ini.
Artikel penuh kenyataan Pengerusi SAF, Mohd Azmi Abdul Hamid ..
Pertubuhan bukan kerajaan, Saf Anti Fitnah (SAF) kini bertambah yakin Umno menggunakan politik fitnah untuk menjatuhkan seteru politik mereka, terutama sekali melalui saluran media yang memihak kepada mereka.
“Rakyat semua faham betapa negara ini menyaksikan pendedahan dan manipulasi berita dilakukan dengan cara paling menjijikkan dalam akhbar bila berkait dengan pendakwaan ke atas (Ketua Pembangkang di Parlimen) Datuk Seri Anwar (Ibrahim)
.
“SAF semakin yakin betapa Umno nampaknya jelas mengabsahkan fitnah sebagai cara menjatuhkan lawan bila pernyataan Pengerusi Umno (Selangor) Datuk Seri Noh Omar mengiakan perlakuan mengedarkan video lucah tidak harus menjadi masalah kepada pembangkang jika ia boleh menyebabkan rakyat marah kepada Umno,” kata Pengerusi SAF, Mohd Azmi Abdul Hamid hari ini mengulas hasil Wacana Fitnah Ancaman Ummah Akhir Zaman yang diadakan semalam.
Wacana yang dianjurkan Sinar Harian semalam membariskan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassn dan bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin di pentas yang sama.
Hasil wacana itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan berkata, Pemuda PAS dan Umno boleh bersaing di pentas politik secara sihat tanpa perlu menggunakan fitnah sebagai senjata untuk menjatuhkan antara satu sama lain.
Sehubungan itu katanya, pihaknya mahu satu penyertaan dalam pilihan raya secara adil dan telus dengan membekalkan peluang dan ruang yang sama rata, lapor portal The Malaysian Insider.
“Kemukakan polisi untuk meyakinkan rakyat dalm mencari sokongan jangan kemukakan polis untuk memaksa dan mendesak rakyat menyokong kita,” kata beliau.
“ Insya-Allah, semoga budaya intelektual sebegini akan terus subur sehingga meletakkan kita semua sebati dengan tindakan berasaskan hujah dan fakta bukan fitnah dan tohmah.
“Jika ada pertuduhan, silakan namun lampirkan bukti yang benar. Sejurus bukti dikemukakan, pihak berwajib bertindaklah sewajarnya, jangan membuat pendakwaan terpilih berasaskan kecenderungan dan kepentingan pihak tertentu,” kata beliau lagi.
Justeru soal Mohd Azmi, “adakah ini pendirian rasmi Umno dalam hal pengedaran video lucah untuk mengaibkan lawan?”
“Apakah ini juga bermakna pihak parti lawan boleh bersetuju dengan mana-mana pihak yang menentang Umno sama ada orang luar atau orang dalam, boleh melakukan hal yang sama (mengedar video lucah) terhadap pemimpin Umno?” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan.
Oleh itu, kata beliau, sejak dari awal SAF ditubuhkan pihaknya melihat isu sebenar di pihak Umno bukan untuk melihat kebenaran dan menegakkan keadilan, tetapi lebih untuk membunuh lawan dengan apa cara sekalipun termasuk dengan cara mengaibkan lawan.
“Dengan sebab itu kami sangat menghendaki agar rakyat jangan diperbodohkan dan diracuni dengan kempen politik yang melampaui batas sehingga masing-masing membalas dengan cara yang juga tidak bermoral.
“Jelas undang-undang sivil yang sepatutnya dikuatkuasakan itupun tidak dilaksanakan dalam hal pengedaran video lucah menyebakan masyarakat sangsi terhadap pihak berkuasa yang nampak bersekongkol untuk membenarkan fitnah disebarkan secara berleluasa,” katanya lagi.
Mohd Azmi berkata, sementara SAF menyambut kedua-dua ketua Pemuda Umno dan PAS yang mahu menolak politik fitnah, tetapi juga mahu agar janji itu dikotakan dalam bentuk tindakan nyata dan bukan hanya pernyataan kosong semata-mata.
Sambil menggariskan beberapa kes bersifat fitnah sejak kebelakangan ini, beliau berkata, nampaknya ada keghairahan luar biasa untuk pihak yang dituduh diserang habis-habisan dalam bentuk fitnah yang melampaui batas hukum agama mahupun hukum sivil.
Kata beliau, SAF juga mahu melihat kesungguhan Khairy menyatakan hal ini secara berterus terang kepada pucuk kepimpinan Umno.
“Soal yang menjadi keprihatinan SAF ialah isu Datuk Seri Anwar nampaknya mendapat fokus yang sangat keterlaluan dalam media arus perdana dan semacam mendapat restu pimpinan Umno untuk menghukum beliau secara terang-terangan sebelum beliau diberi peluang untuk membela diri,” kata Mohd Azmi lagi.
Sementara memang kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu penuh persoalan dan dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak dan sangat memerlukan penjelasan daripada pihak perdana menteri sendiri, kata beliau, pihak yang mendakwanya juga perlu menghentikan tuduhan jika tidak mempunyai bukti.
“Di mata khalayak ramai, pembabitan pembantu perdana menteri dan dua orang pengawal peribadi beliau telah menimbulkan banyak kekeliruan dan tanda tanya mengenai kes tersebut kerana catatan imigresen terhadap mangsa yang masuk secara rasmi ke dalam negara tiba-tiba dihilangkan sepenuhnya.
“Namun dalam hal tuduhan zina dan liwat, layanan yang berbeza telah diberikan dalam pemberitaan di media massa terutama media arus perdana,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Malah, kata beliau, dalam proses pembicaraan Anwar sendiri telah menyebabkan pendedahan yang dikehendaki oleh pimpinan Umno terhadap beliau dalam media massa arus perdana diolah sebegitu rupa sehingga beliau dan keluarganya diaibkan.
“Hal inilah yang membuat SAF melihat gelagat surat khabar seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan Kosmo serta TV3 dan RTM sebagai agensi penyiaran yang tidak objektif dan tidak menjaga tatasusila moral dalam pemberitaan bila mereka turut menjadi penyebar fitnah secara terang-terangan tanpa batas,” katanya lagi.
Dalam ulasannya, Mohd Azmi menambah, SAF memang bersependapat dengan Asri bahawa kedua-dua pihak harus konsisten dalam mengekang fitnah akan tetapi beliau tidak harus naif dalam melihat tabiat dan cara pimpinan yang berada dalam gebuk kuasa beria-ia benar untuk membunuh musuh politik dengan cara paling tidak bermoral termasuk mengguna seluruh agensi pemerintah untuk melakukan asasinasi peribadi terhadap lawan.-Tvs
1 comment:
Saudara Martoiriat. Saya ada meletakkan kenyataan TG Haji Hadi sebeleum PRU 12 yang membenarkan mengumpat berdasarkan buku karya Iman AL-Ghazali. Di masa itu, semasa banyak tohmahan pada pemimpin kerajaan TG Haji Hadi membenarkan calun PAS mengumpat pemimpin. Sekarang setelah perkara bertukar tempat.. dimana pemimpin Pembangkang sekarang dituduh, maka perkara mengumpat, membongkar keburukan dan membuka aib orang sudah tidak bolih. Kalaulah benar pendiriaan TG Haji Hadi begitu dan sekarang,, para penyokong PAS bolih menilai sendiri, adakah ia bermain politik atau berjuang atas dasar kebenaran. Disini saya lampirkan sekali lagi kenyataan akhbar beliau dan saya harap saudara sebagai seorang Islam yang mementingkan kebenaran semata2 menyiarkan komen ini.
KUALA TERENGGANU 1 Mac 2008 - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap dengan pendiriannya bahawa mengumpat dan mendedahkan keburukan seseorang bagi tujuan memilih pemimpin adalah dibenarkan dalam Islam.
Beliau berkata, isu tersebut bukan satu perkara baru kerana ia dibincangkan dalam sebuah kitab bertulisan jawi, Hidayatus Salikin iaitu terjemahan daripada kitab karangan Imam Al-Ghazali.
Di dalam kitab itu, katanya, ada diterangkan dengan jelas mengenai kategori mengumpat secara terperinci sama ada haram, harus atau wajib.
“Mengumpat ini ada yang haram dan ada yang wajib. Jika jatuh hukum wajib, wajib kita mengumpat. Sekiranya kita tidak mengumpat berdosa kita.
“Sebagai contoh pencuri masuk kampung dan jika kita tahu dia ini pencuri,
wajib kita mengumpat atau dedahkan keburukannya supaya orang kampung terselamat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah perdana di Pengadang Baru di sini, malam tadi. Turut menyampaikan ceramah pada majis tersebut, Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Abdul Hadi di dalam ceramahnya di Kuala Besut baru-baru ini, membenarkan semua calon Pas yang bertanding mengumpat, membuat tuduhan serta mendedahkan keburukan lawan masing-masing.
APA KOMEN ANDA... JANGAN MEMBISU!!!!
Post a Comment