Monday, June 27, 2011

Umno Terdesak Guna Nama Agong Cuba Hentikan Bersih

         Pihak berkuasa akan menggunakan apa sahaja ruang dan segala bentuk undang-undang untuk menyekat perhimpunan aman Bersih 2.0 termasuk menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong.
        Menurut Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasir Hashim, senario seperti itu memang berlaku di Malaysia apabila suara rakyat mengatasi suara kerajaan,

Beliau yang juga Adun Kota Damasara berkata, penahanan 30 anggota parti itu yang disiasat di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana didakwa melakukan kesalahan jenayah memerangi Yang di-Pertuan Agong, jelas membuktikan usaha terdesak pemerintah untuk menghalang rakyat menyuarakan hak mereka.

" Dalam hal ini senang sahaja. Kalau kerajaan beri arahan, kita tidak ikut, dan Agong restu ikut Perlembagaan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau apa sahaja. Jadi mereka boleh katakan begitu. Semua undang-undang, kalau anda pertikai, mereka boleh kata anda melanggar perintah Yang di-Pertuan Agong,"katanya.


Portal The Malaysian Insider melaporkan, 30 aktivis PSM termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jayakumar Devaraj dihadapkan ke mahkamah petang ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana dikatakan melakukan kesalahan jenayah memerangi Yang di-Pertuan Agong.

Kesemuanya aktivis PSM ini ditahan semalam di plaza Tol Sungai Dua ketika dalam perjalanan untuk menghadiri satu majlis berkaitan Bersih 2.0 di Pulau Pinang.

Selain itu beberapa anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan PAS juga turut ditahan kerana memakai pakaian berwarna kuning di beberapa tempat seperti Kapar dan Ampang

Roadshow Bersih 2.0 di Uptown Shah Alam turut dikepung polis dan Timbalan sayap pemuda parti itu ditahan ketika sedang minum di sebuah restoran manakala satu lagi roadshow di Assam Jawa, Kuala Selangor turut diganggu Polis.

Menurut Dr Nasir, beliau menjangkakan keadaan akan menjadi lebih tegang dan tidak mustahil provokasi polis akan menjadi lebih keras demi menakutkan rakyat dari menyertai himpunan aman ini.

Walau bagaimanapun katanya kepada Tv Selangor, apa jua cara yang digunakan kerajaan, ia tidak akan mampu menghalang kuasa dan kehendak rakyat yang mahukan sebuah pilihan raya adil dan bersih dilaksanakan di negara ini.

" Memang cukup terdesak mereka ini. Tak makan akal. Tapi ini yang mereka lakukan sekarang ini.

" Kita jangkakan akan ada perkara yang lebih teruk akan berlaku tetapi rakyat mereka tidak dapat lawan,"katanya.-Tvsnews

1 comment:

rubijum said...

Saudara Martoiriat.. Saya rasa kemungkinan besar saudara adalah Pak Turut dalam melaungkan isu bersih. Isu bersih ini adalah satu dari helah Anwar Ibrahim mengalih soal isu moral beliau. Seperti juga isu Reformasi, isu baling dalam tahun 70an semuannya adalah tektik beliau. Beliau adalah seorang strategist yang mengunakan isu dan menaikan rasa kebencian rakyat unyuk kepentingan peribadinya.

Saya rasa saudara adalah pengikut parti PAS dan seperti biasa orang PAS adalah orang yang betul dan ikhlas, Orang macan ini senang di gunakan untuk kepentingan orang yang licik macan Anwar.

Semasa Reformasi tahun 1998, setelah menaikan semangat para penunjuk perasaan, beliau terus menboncu=eng motosikal melarikan diri dan membiarkan ramai anak-anak muda di pukul olih FRU. Di mana semangat juang beliau!!!> Tidak mustahil pada Bersih tahun ini keadaan yang sama akan berlaku.

Saya juga amat terharu melihat anggota PAS sanggup berjuang disamping Ambinga di mana seorang kafir yang menolong seorang Islam murtad dan berjuang untuk memberi hak atau ruang kepada orang Islam lain Murtad. Abu Bakar al-sidiq mengistiharkan perang kepada orang semacan ini. Dimana asas perjuangan Islam saudara dan ahli PAS. Cuba saudara menungkan.

Salam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...