10,000 atau 100,000 dah biasa kita dengar. Dulu pun UMNO cakap orang PAS dah keluar beratus ribu, mungkin dah sejuta dua juta. Jadi saya tak terkejut dan ini bukan taktik baru UMNO, rasanya syok sendiri sahajalah
Jika ramai ahli PAS yang keluar Parti masuk UMNO, Kenapa beliau sendiri tewas di Parlimen Bachok ? Begitulah helah politik dongeng reka cipta Adik Awang setiap kali pilihan raya menjelang tiba. Ahli-ahli dan penyokong PAS sentiasa meninggalkan parti. Kalau nak dikirakan dari dulu hingga kini, sudah asyik keluar parti, maka mungkin tinggalah Tok Guru Nik Aziz seorang sebagai ahli PAS yang berdaftar.
Begitulah tahap pemikiran Adik Awang yang membuat kenyataan ikut sedap keluar dari mulut tanpa bukti dan fakta. Siapa yang hendak sertai UMNO yang hanya pentingkan perut, kroni dan penuh dengan pemimpin rasuah. Semuanya gara-gara untuk melihat moral UMNO masih diterima rakyat Kelantan. Tapi apabila pilihan raya, UMNO pulak yang tewas. Hairan Bin Ajaib
Kenyataan penuh Husam Musa...
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menyifatkan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Awang Adek Hussin sebagai "syok sendiri" apabila mendakwa keahlian PAS semakin terjejas selepas pilhan raya umum lalu.
Awang Adek mendakwa kira-kira 10 ribu ahli PAS dan golongan belia di Kelantan menyertai Umno sejak 2008, malah yakin Umno akan menawan semula Kelantan yang di terajui oleh PAS untuk lebih dua dekad.
"10,000 atau 100,000 dah biasa kita dengar. Dulu pun UMNO cakap orang PAS dah keluar beratus ribu, mungkin dah sejuta dua juta. Jadi saya tak terkejut dan ini bukan taktik baru UMNO, rasanya syok sendiri sahajalah," Husam memberitahu TvSelangor.
Tambah Husam lagi, helah sebegitu sudah tidak laku untuk mempengaruhi rakyat kononnya PAS semakin kehilangan anggotanya.
Husam berkata Umno dan juak-juaknya hanya perlu menilai kehadiran golongan belia pada ceramah-ceramah parti itu di Kedah dan Kelantan untuk mengetahui tahap sokongan terhadap PAS.
Tegasnya pemimpin UMNO kini berada dalam kebimbingan sehinggakan terpaksa membuat kenyataan sedemikian bagi memastikan parti mereka kekal memerintah negara.
Semalam Datuk Awang mendakwa kira-kira 10,000 anggota PAS, golongan atas pagar dan kaum belia yang mencapai umur mengundi di Kelantan menyertai Umno selepas pilihan raya umum 2008.
Beliau berkata, mereka berbuat demikian kerana kononnya kecewa dengan kegagalan PAS membangunkan Kelantan.-Tvsnews
No comments:
Post a Comment