Thursday, June 2, 2011

Semua Rakyat Sebenarnya Terbeban Kenaikan Tarif Elektrik


         Jelasnya, rakyat akan terus dibebani dengan kesempitan hidup apabila gaji mereka tidak dinaikkan, ditambah pula dengan tindak tanduk kerajaan yang suka membandingkan harga barangan di negara ini dengan negara jiran seperti Singapura.
       Walaupun kerajaan cuba membandingkan kononnya tarif elektrik dengan Singapura jauh lebih tinggi daripada kita, ia tidak berasas. Sebabnya apakah pendapaan rakyat Singapura jauh lebih rendah daripada kita? Ataupun pendapatan rakyat Singapura berlipat kali ganda berbanding dengan kita


Artikel penuh kenyataan  MP Sungai Petani, Datuk Johari Abdul ..
Kerajaan Pusat tidak mempunyai langkah proaktif untuk membantu rakyat yang sedia terkesan dengan penarikan subsidi pelbagai barangan keperluan asas.


Malah Perdana Menteri, Najib Razak sewenangnya-wenangnya menyatakan kenaikan tarif elektrik mulai hari ini tidak membebankan rakyat.




Hal ini dibantah keras oleh ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang berpendapat kenyataan Barisan Nasional itu tidak berasas sama sekali.


“ Percayakah, yakinkah kita bahawa mereka yang menggunakan 300 kilowatt itu tidak akan terkesan apa-apa terhadap perbelanjaan domestik? Mesti ada. Sebab harga barang akan naik dengan cepat,"katanya kepada Tv Selangor.


Menurut Johari, walaupun mungkin 75 peratus pengguna domestik di negara ini tidak mengalami sebarang perubahan pada bil elektrik mereka, namun akhirnya mereka akan mendapati perbelanjaan bulanan mereka meningkat.


Ini kerana, golongan peniaga yang terkesan akibat kenaikan tarif elektrik perlu mencari alternatif sendiri untuk memastikan pulangan modal bagi perniagaan mereka dan satu-satunya cara yang boleh digunakan ialah dengan menaikkan harga barangan.


“ Rakyat yang terlibat dalam perdagangan akan pindahkan balik kos itu kepada pengguna-pengguna biasa, jadi akhirnya pengguna-pengguna biasa seperti kita semua akan sengsara. Sengara dua kali. Yang pertama elektrik yang diguna di rumah kita (yang guna lebih 300 kilowatt) dan yang kedua barangan yang kita beli akan naik,"ujar beliau.


Jelasnya, rakyat akan terus dibebani dengan kesempitan hidup apabila gaji mereka tidak dinaikkan, ditambah pula dengan tindak tanduk kerajaan yang suka membandingkan harga barangan di negara ini dengan negara jiran seperti Singapura.


“ Walaupun kerajaan cuba membandingkan kononnya tarif elektrik dengan Singapura jauh lebih tinggi daripada kita, ia tidak berasas. Sebabnya apakah pendapaan rakyat Singapura jauh lebih rendah daripada kita? Ataupun pendapatan rakyat Singapura berlipat kali ganda berbanding dengan kita,"tambahnya.


Malah Johari turut membidas tindakan kerajaan yang memberi muka kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP) sehingga mengakibatkan beban terpaksa ditanggung oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan rakyat.


“ Kita beri subsidi kepada IPP dalam keadaan kita beli gas dari luar, gas kita sendiri kita jual. Lepas itu beli gas luar dengan harga mahal, kemudian kita subsidikan kepada IPP. Apa semua ini?,”


"Saya melihat bahawa kerajaan lebih mudah untuk pindahkan apa juga kos kepada rakyat. Tidak memikirkan cara-cara lain bagi menyelesaikan masalah rakyat,"katanya.-Tvs

1 comment:

rubijum said...

Saudara Martoiriat.. Nampaknya Saudara hanya pandai mengritik. Sepertimana Sahabat Saudara dalam PAS dan PKR. Kerajaan Pas kelantan telah menaikan tariff air sebnayak 60% dalm tahun 90an masa mula berkuasa dulu dan juga menaikan cukai pintu di Kota Bharu.. Apa itu bukannya kenaikan!!!

Saudara Martoiriat.. DSAI telah menaikan faedah bank dalam tahun 1998 hingga 18% sehingga banyak individu jatuh bangkrap. Individu ini adalah rakyat biasa spt org yg membeli rumah dan pemegang kad kredit. Siapa yg menurunkan balik kadar faedah itu?? Cuba saudara tnaya. kalau bukan TDM nescaya Malaysia berada dalam IMF dan keistimewaan org melayu dan Islam sudah tidak ada di negara ini.

Satu lagi cuba saudara berikan 10 negara atau 20 negara termaju di dunia yang bergantung kepada subsidi kerajaan. Negara Arab dan pengeluar minyak lain hanya kaya tetapi ekonomi mereka hanay bergantung kepada Minyak. Tiada Industri lain kecuali minyak.

Jangan kita hanya pandai mengrikit tetapi tak pandai buat. Seperti org yang Tuan sanjung. Tanya pegawai kementerian kewangan dalam tahun 90an... macamana DSAI mentadbir kewangan negara.. Banyka kah Kroni beliau, Abrar, MRCB, Malakoff coperation masa itu kroni siapa!!!!

Dikelantan Tanah mana ada tanah balak setelah 20 tahun. Lihat sungai kelantan dalam masa 20 tahun macamna airnya.

Saudara di minta muhasabah diri sebelum mengkritik..

Salam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...