Muhyiddin seharusnya menyedari siapa yang menjadi penghkhianat dan dalang kepada perjalanan sistem pilihan raya di negara ini. Janganlah Muhyiddin menuduh peserta himpunan 'Bersih' sebagai pengkhianat kepada keamanan negara.
Sepatutnya kerajaan sudah matang untuk mempertingkatkan ketelusan perjalanan pilihan raya yang lebih adil dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik , apabila pihak kerajaan melihat amarah rakyat ketika Bersih 10 November 2007 yang dihadiri lebih 100 ribu orang.
Sebaliknya, walaupun berlaku beberapa pertemuan yang dibuat oleh parti-parti politik dengan SPR, segala-galanya dipandang sepi dan tidak diambil tindakan susulan dengan membiarkan sistem ini terus dilacurkan.
Kesemua ini terjadi kerana SPR, masih tidak bebas dan berada di bawah dagu pemimpin Umno- BN. Nyata yang jadi pengkhianat ialah UMNO bukanya rakyat.
Artikel penuh kenyataan Ustaz Idris Ahmad
Tuduhan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan penganjur Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) mengkhianati perjuangan rakyat adalah tuduhan yang tidak tepat.
“Persoalannya siapakah pengkhianat sebenar?” tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad
Beliau juga mempersoalkan kenapa Bersih 2.0 yang didukung oleh NGO dan parti-parti politik bertegas juga hendak berhimpun secara aman pada 9 Julai ini.

