Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya trio ‘Datuk T’ yang berkemungkinan didakwa Jumaat ini akan dihadapkan dengan pertuduhan yang paling minimum.
Ini kerana, kata Anwar, trio berkenaan dilindungi Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
“Kita kenal siapa Peguam Negara Tan Sri Gani Patail dan rekod lampau (track record) beliau.
“(Saya jangka) dakwaan yang akan dikenakan begitu minimum memandangkan dakwaan ini adalah bersifat politik sahaja. Kalau kita (pembangkang) yang didakwa ceritanya lain.
“Pendakwaan Gani Patail ini, kita jangan pandang serius sangat,” kata Anwar kepada media sewaktu sidang media di lobi Parlimen.

