MAT Sabu, Timbalan Presiden PAS tidak lulus Universiti Oxford seperti Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin. Kelulusannya pun tidak sehebat setengah sarjana UMNO termasuk Perdana Menteri Datuk Najib. Dia tidak mengaji falsafah dan sains politik peringkat ijazah di ITM. Dia belajar diplomat tertentu tentang teknologi saja.
Tetapi kepintarannya berhujah tentang isu demonstrasi Bersih 2.0 pada 09 Julai nanti jauh lebih hebat dari alasan bodoh pemimpin Pemuda UMNO dan sekutu NGOnya yang membuat aduan polis tentang mengapa ia patut dihalang.Ibrahim Ali, pemimpin Perkasa yang satu sekolah dengan Mat Sabu di ITM dulu selalunya pintar tetapi dalam perkara ini lebih buntu otaknya dari Hosni Mubarak.
Mereka takut pelancong tidak datang sehari ke Kuala Lumpur akan menyebabkan penjaja kerugian dan pengusaha teksi tidak dapat membawa penumpang. Ekonomi negara akan terjejas.

