Mengapa rakyat memerlukan perubahan dalam sistem pilihan raya? Mengapa wujudnya 'Bersih' sehingga rakyat memberi sokongan sepenuhnya.. Mereka menyokong dan menuntut hanya supaya pilihan raya diadakan dengan telus dan adil tanpa berat sebelah yang hanya memihak pada UMNO.
Begitu juga dengan Pakatan Rakyat tidak menuntut pilihan raya untuk kepentingan mereka tapi demi rakyat dan hak-hak demokrasi mengikut undang-undang dan ketelusan peraturan yang ada dalam perlembagaan negara.
Saya juga masih ingat di era Mahathir lambang dan warna hijau logo petronas ditukar ganti sehingga habis wang berjuta-berjuta hanya kerana warna dan logo itu menyamai PAS. Kini sikap pemikiran sempit pemimpin -pemimpin UMNO masih lagi wujud dan menyamai pemikiran sempit Mahathir di zaman jakun dan pak pandir bila mana pakai baju kuning dan jual baju bersih dianggap satu kesalahan. Pemikiran ini tak ubah takut dengan bayang-bayang sendiri dan tidak dapat menerima kenyataan, walaupun semut dianggap gajah. Gara-gara itu saya boleh anggap UMNO kuno dan hilang akal.
Artikel penuh kenyataan DSAI ..
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan Umno BN sangat bimbang dengan lapan tuntutan Bersih 2.0 sehingga meningkatkan usaha menyekat rakyat hadir ke himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.
Beliau mempersoal undang-undang yang dipakai Umno BN yang melarang rakyat memakai dan menjual baju kuning.
"Di Malaysia ini begitu ganas dan zalimnya pimpinan Umno, bila pakai baju kuning dan jual baju bersih dianggap satu kesalahan.
"Undang-undang mana yang mereka pakai? Ini satu bentuk keangkuhan kuasa dan tindakan terdesak kerajaan sebab mereka tengok kita minta pilihan raya Bersih.

