Pentadbiran Najib memperalatkan suara golongan esktrim yang bertugas bagi pihak Umno untuk memperlekeh usaha yang dilakukan gabungan Bersih.
Ini adalah keterlaluan kerana Najib mengambil pendirian berdiam dan tidak menegur ugutan yang dibuat Polis, Menteri Dalam Negeri dan Perkasa. Jelas ini adalah permainan Umno untuk menakutkan orang ramai,
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memperalat suara ekstrim untuk menakut-nakutkan rakyat yang akan menyertai Perhimpunan Bersih pada 9 Julai depan, kata Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kata Anwar, kumpulan itu yang dilindungi kerajaan dan Umno, bertujuan menghalang usaha yang dilakukan NGO itu bagi menuntut pilihan raya yang lebih bebas dan adil.

