Tindakan menangkap mereka yang memakai baju Bersih atau menjual baju Bersih adalah nyata bertentangan dengan peraturan dan undang-undang. Diatas peruntukan dan undang-undang apa polis menangkap penyokong-penyokong 'bersih'? Malah ianya bertentangan dengan konsep dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Dimanakah ketulusan dan kedaulatan undang-undang yang termaktub dalam 'rukun negara'? Semuanya omong-omong kosong yang tak ubah seperti rukun negara di zaman Pak Pandir.
Ini merupakan satu tindakan yang agak keterlaluan yang membuatkan rakyat merasakan kebebasan dalam kehidupan yang diamalkan dalam sebuah negara demokrasi terbatas. Jika tekanan terhadap rakyat dilakukan sampai 'pakai baju bersih' pun ditangkap, ini menujukan UMNO-BN sudah ketandusan idea yang munasabah untuk menghalang kebangkitan rakyat. Jika kita hendak menjadikan pakaian satu kesalahan yang bersimbulkan gerakan rakyat, kenapa tidak melakukan larangan terhadap mereka yang memakai baju yang melambangkan logo PAS, PKR, DAP, MCA, MIC dan UMNO serta mana-mana lambang NGO yang lain ? Ini dapatlah saya membuat persepsi bahawa UMNO-BN tidak berkeyakinan lagi dengan kuasa yang ada pada mereka dan takut dengan bayang-bayang sendiri. Mereka akan laku dan menghalalkan apa cara sekali, cara jahat, cara jakun atau cara tidak bertamadun, asalkan himpunan 'bersih' tidak diteruskan meskipun bertentangan dengan perlembagaan dan undang-undang negara. Undang-undang jakun dan Mahkamah Pak Pandir akan terus dikenakan ke atas rakyat untuk kepentingan UMNO-BN.

Artikel penuh kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man..
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) mengingatkan polis bahawa tindakan mereka kebelakangan ini yang menangkap orang yang memakai baju Bersih 2.0 sewenang-wenangnya akan menyebabkan ketidakpuasan hati rakyat, yang asalkan tertumpu pada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bertukar kepada pihak polis.
“Tindakan polis kebelakangan ini akan menyebabkan rakyat yang asalnya tidak berpuas hati dengan SPR bertukar kepada polis,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya hari ini.

