Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengarahkan pihak berkuasa menyiasat kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali di bawah Akta Hasutan 1948 bersabit ugutan kepada kaum Cina menjelang perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai nanti.
"Tidak ada lagi perkara yang lebih jelas untuk menyiasat beliau di bawah Akta Hasutan," kata Khairy kepada media di lobi parlimen hari ini.Ibrahim dalam ucapannya di Kampung Baru semalam bersama 164 badan bukan kerajaan (NGO) melancarkan “perang” terhadap Himpunan Bersih 2.0 dengan membakar gambar Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreenevasan.
Beliau turut memberi amaran kepada kepada masyarakat Cina supaya tidak keluar rumah atas alasan "apa sahaja boleh berlaku" pada hari tersebut.

