Friday, August 31, 2012

Puisi, Tembakan Bunga Api, Negaraku Akhiri Countdown “Janji Demokrasi”


Acara countdown himpunan aktivis menuntut pilihanraya bersih didepan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Jalan Raja Laut berakhir dengan meriah dan bersemangat tanpa kekecohan.

Walaupun dilarang berhimpun oleh polis, beribu aktivis “janji demokrasi” keluar untuk menyambut ambang kemerdekaaan di ibu negara pagi ini.

Himpunan yang berjumlah lebih kurang 10,000 orang itu menyambut ambang kemerdekaan dengan bacaan puisi oleh sasterawan negara A Samad Said dan nyanyian lagu Negaraku.

Sebelum countdown bermula, mereka menyanyikan lagu Merdeka ciptaan mereka sendiri yang bertajuk “Janji Ditepati”.

“Kemerdekaan tiada guna, hanyalah janji dicapati,” merupakan chorus kepada lagu yang dicipta sendiri oleh aktivis tersebut yang memperlekehkan tema Hari Merdeka Kerajaan Umno-BN.


Terlebih dahulu, himpunan itu yang sudah mencecah lebih kurang 20,000 orang itu juga melaungkan slogan “Bersih” kepada sekumpulan mat rempit yang cuba mengacau mereka dengan membunyikan enjin motosikal dengan kuat.

Turut kelihatan aktivis seperti Hishammuddin Rais, Badrol Hisham Shahrin, Haris Ibrahim dan Maria Chin Abdullah.

Manakala pemimpin Pakatan Rakyat yang kelihatan termasuk Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu, MP Kuantan Fuziah Salleh, MP Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad dan MP Batu Chua Tian Chang.


Pemimpin aktivis tersebut mengambil keputusan untuk menyambut ambang Hari Merdeka di depan DBKL selepas berpindah daripada Dataran Merdeka.

Countdown yang biasanya di adakan di tapak bersejarah itu dibatalkan.

Countdown yang biasanya diadakan julung kali itu tiba-tiba dibatalkan oleh pihak berkuasa.

Ini berikutan kerisauan pihak berkuasa yang program itu akan dibanjiri ribuan peserta berbaju kuning untuk menuntut agar Kerajaan Pusat menunaikan janji penambahbaikan pilihanraya.

Himpunan yang dinamakan “Janji Demokrasi” itu dilaporkan mendapat sokongan gabungan 47 NGO.

Antara tuntutan mereka yang lain adalah keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, mendukung hal sivil, kebebasan bersuara, memansuhkan akta zalim dan kebebasan media.-Selangorku.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...