Timbalan Pesuruhjaya Pas III Khalid Samad berkata ini jelas dilihat dengan pemberian RM 2 juta kepada pengasas Pondok Geting di Tumpat, Kelantan, Abdullah Sa’amah yang melabelkan DAP sebagai parti kafir harbi.
“Abdullah sanggup dipergunakan dan Umno-BN sanggup menggunakan Abdullah biarpun dia sebenarnya bukan bertaraf tok guru atau ulamak.
“Umno-BN sanggup menggunakan ulamak ciplak ini demi segalanya dan dia dibolehkan mengeluarkan segala hukum dan fatwa berkaitan agama.
“Boleh dikatakan Abdulah digunakan Umno-BN untuk mengelirukan rakyat dan wang RM 2 juta disalurkan boleh dianggap sebagai ganjaran,” katanya apabila dihubungi.
Abdullah mengeluarkan kenyataan terhadap DAP dalam satu laporan muka depan akhbar pro-Umno Utusan Malaysia pada 8 Ogos lalu.
Abdullah juga berkata orang Islam diharamkan mengundi DAP kerana mendakwa pemimpinnya menolak hukum hudud dan kerana itu, ia merupakan parti anti-Islam.
Pada 14 Ogos pula, Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dilaporkan menyampaikan sumbangan RM2 juta kepada Abdullah menerusi peruntukan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan.
Menurut satu laporan Utusan Online pada Aug 16, peruntukan RM 2 juta tersebut diluluskan oleh JPP berdasarkan kepada permintaan jawatankuasa pondok berkenaan.
Khalid mendakwa berdasarkan maklumat yang diperolehi, Abdullah hanya guru agama biasa dan bukan bertaraf tok guru agama atau ulama sepertimana digambarkan media arus perdana.
Maka dengan itu, katanya, ia memberi gambaran jelas bahawa Umno-BN amat terdesak untuk mencari kredibilit agama.
Timbalan Speaker Dewan Undangan Kelantan dan juga ADUN Kelaboran, Mohamad Zaki Ibrahim berkata, masyarakat Kelantan khususnya di Tumpat memang amat mengenali siapa Abdullah.
“Orang Tumpat hanya memanggilnya sebagai Haji Lah Geting dan pengaruhnya juga tidak seberapa dengan kira-kira lima atau enam orang sahaja yang menjadi pengikutnya.
“Beliau digunakan Umno-BN untuk memberi ceramah di Kelantan dan ceramahnya juga tidak mendapat sambutan disebabkan penuh dengan kata cerca nista terhadap pimpinan Kerajaan Negeri.
“Kemungkinan Abdullah menghadapi masalah kewangan dan sanggup menerima bayaran RM2 juta bagi membolehkan dirinya dipergunakan Umno-BN. “
“Dengan ilmu agama yang tidak seberapa dimilikinya, Umno-BN tetap sanggup menggunakan khidmat Abdullah untuk menyerang parti lawan kerana menyedari isu agama begitu dekat dengan masyarakat Kelantan.
“Bagaimanapun usaha itu menemui kegagalan kerana rakyat Kelantan tahu siapa Abdullah,” katanya.-Selangorku.
No comments:
Post a Comment