Pengarah Latihan KEADILAN, Mustaffa Kamil Ayub berkata, Datuk Seri Najib Razak tidak wajar mengeluarkan arahan sedemikian kerana ia melanggar etika profesionalisme Polis Diraja Malaysia (PDRM)
yang seharusnya memberikan khidmat mereka kepada rakyat, bukannya menjaga kepentingan Umno BN.
“Baiah antara Umno dan PDRM juga membayangkan hubungan yang kurang sihat. Ia juga membuktikan bahawa Najib sentiasa mahu mengawal dan memastikan PDRM berada di dalam kawalannya.
“Tindakan Najib mempergunakan PDRM dengan meletakkan pasukan itu di bawah seliaan dan pengawasan beliau adalah satu penyalahgunaan kuasa dan tindakan ini tidak sepatutnya,” kata Mustaffa ketika dihubungi.
Beliau menambah, ikatan perjanjian ‘baiah’ ini juga membuat rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap PDRM.
“Kita dapat lihat selama ini banyak tindakan mereka yang tidak disenangi rakyat dan jika mereka menerima gesaan Najib ini, bermakna tahap kepercayaan rakyat terhadap mereka pasti semakin berkurangan sekaligus lebih memberi imej buruk kepada mereka sebagai sebuah pasukan yang menjaga keselamatan negara,” tegas Mustaffa.
Najib ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Berbuka Puasa PDRM bersama beliau di Pusat Latihan Polis (Pulapol) kelmarin menggesa PDRM dan kerajaan supaya berbaiah antara satu sama lain bagi menghadapi perubahan dan cabaran semasa dalam negara.- Keadilandaily.
No comments:
Post a Comment