Thursday, August 30, 2012

BN takut pertembungan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka


Kerajaan hingga hari ini masih belum mengumumkan sambutan ambang merdeka yang lazimnya pada setiap tahun detik menjelang 12.00 tengah malam itu bakal disambut esok dan diraikan bersama rakyat di Dataran Merdeka.

Sebaliknya, kerajaan hanya menghebahkan dua program berasingan yang diadakan pada Jumaat ini, 31 Ogos tanpa merujuk sambutan ambang kemerdekaan yang jatuh pada malam esok.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim cuma berkata, acara perbarisan akan diadakan di Dataran Merdeka pada pagi 31 Ogos.


Manakala satu lagi program dinamakan Himpunan 55 Tahun Merdeka Janji Ditepati pula akan disusuli di Stadium Bukit Jalil pada sebelah malamnya pula.

Berbeza dengan Gabungan JANJI yang dianggotai 49 NGO bakal meraikan ambang kemerdekaan di Dataran Merdeka pada esok malam bermula jam 10.00.

Mengulas perkara ini, Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, keengganan kerajaan mengadakan sambutan ambang kemerdekaan di Dataran Merdeka pada tahun ini kerana mereka takut pertembungan berlaku di antara BN dengan Himpunan Janji Demokrasi anjuran gabungan itu.

Beliau berkata, penganjuran sambutan kemerdekaan ke-55 oleh kerajaan BN di Stadium Bukit Jalil di luar kebiasaan sepanjang 55 tahun negara meraikannya.

“Selama ini kerajaan mengadakan sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka. Kenapa tiba-tiba tahun ini kerajaan tak mahu menganjurkan lagi, sebaliknya kali ini ia berlangsung di Bukit Jalil pada keesokan harinya. Itu di luar jangkaan dan kebiasaan,” kata Fariz yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.

“Adakah kerajaan Umno takut bertembung dengan Janji Demokrasi? Sedangkan Dataran Merdeka adalah lebih signifikan dengan kemerdekaan. Rakyat pun tahu ambang kemerdekaan pasti akan diadakan di situ setiap tahun, tapi kali ini ia tidak lagi disambut seperti kelazimannya,” katanya.

Jelas beliau, Janji Demokrasi bukan untuk mengganggu sambutan kemerdekaan, tetapi bertujuan meraikannya bersama rakyat, justeru tiada sebab kerajaan perlu bimbang berlakunya pertembungan sambutan.

Fariz turut mengulas penutupan jalan di sekitar Dataran Merdeka bermula 27 Ogos, namun tiada pula tindakan sedemikian sepanjang menuju ke Stadium Bukit Jalil.

“Ia adalah usaha untuk menyekat program Janji Demokrasi. Mereka tak seharusnya berbuat begitu kerana kita turun untuk berhimpun merai kemerdekaan, kita cuma nak ‘countdown’ bersama-sama,” katanya-Keadilandaily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...