Sebaliknya, ia lebih kepada menghalang wakil rakyat dari mengkhianati amanah masyarakat awam yang telah memberi kepercayaan kepada mereka.
"Cadangan pindaan perlembagaan negeri untuk meluluskan undang-undang anti-katak ini bukan perihal kebebasan berpersatuan tetapi perihal pengkhianatan amanah awam serta pengkhianatan prinsip-prinsip asas demokrasi perwakilan dan kebertanggungjawaban," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz semalam bahawa rancangan kerajaan Pulau Pinang itu bertentangan dengan prinsip kebebasan berpersatuan.
Mengulas lanjut Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu berkata, sememangnya kebebasan berpersatuan menjamin hak rakyat untuk meninggalkan atau menyertai mana-mana parti politik yang diingini.
Namun untuk seseorang wakil rakyat yang dipilih atas tiket parti untuk melompat adalah tindakan yang tidak bermoral, tidak beretika dan tidak berprinsip yang tidak menghormati pilihan demokratik rakyat.
"Jika mereka dipilih atas tiket sesebuah parti dan ingin meninggalkan parti tersebut, mereka harus letak jawatan dan membenarkan rakyat memilih semula.
"Demokrasi, kebertanggungawaban dan etika bererti bahawa rakyat harus diberi peluang untuk mengadili sama ada keputusan wakil rakyat untuk melompat parti itu boleh diterima atau tidak," katanya lagi.
Dalam pada itu, beliau turut menyelar kenyataan Presiden MCA Chua Soi Lek yang mendakwa DAP tidak konsisten kerana menerima kemasukan dua bekas ahli Umno, iaitu bekas Adun Pulau Manis Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz serta blogger Aspan Alias awal tahun ini.
"Chua Soi Lek salah. Kedua-dua mereka ini telah menunaikan hak untuk berpersatuan dengan menyertai DAP.
"Oleh kerana mereka berdua bukanlah wakil rakyat, isu pengkhianatan amanah awam atau prinsip demokratik tidak timbul," katanya.-Harakahdaily
No comments:
Post a Comment