Thursday, March 31, 2011

Imej Anwar Bertambah Kukuh Apabila Video Disabitkan Sebagai Fitnah Politik - Wall Street Journal

Imej dan kredibiliti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berpaksi kepada keyakinan rakyat bahawa beliau tidak terlibat dalam video seks tetapi menjadi mangsa konspirasi politik tertinggi Umno, menurut akhbar wall street journal (WSJ).

“Jika Anwar boleh meyakinkan rakyat Malaysia bahawa beliau bukan lelaki dalam rakaman itu, serangan terbaru ini akan menjadikan beliau lebih kuat. Ia juga akan memperkukuhkan keyakinan di dalam dan luar negara bahawa Anwar adalah mangsa pendakwaan bermotif politik,” kata akhbar itu.

WSJ yang mempunyai edaran laris di seluruh dunia berkata waktu video itu didedahkan kepada umum (21 Mac) adalah signifikan kerana pilihanraya umum ke 13 dijangka diadakan akhir tahun ini, manakala pilihanraya negeri Sarawak berlangsung bulan depan.

Jika penjelasan Anwar diterima masyarakat umum, isu video lucah itu “akan membawa berita buruk bagi Umno, walaupun parti itu mendakwa rakaman video itu tidak kaitan dengan mereka,” tambah akhbar itu lagi.

Akhbar Wall Street Journal itu turut berpandangan kerajaan Umno Barisan Nasional masih terdedah kepada kepada pelbagai cabaran sungguhpun Perdana Menteri Najib Razak berusaha untuk memulihkan imej gabungan itu.


Rencana WSJ itu diterbitkan dua hari selepas lebih 20,000 membanjiri Stadium Malawati di Shah Alam untuk menunaikan solat hajat dan menolak video lucah itu sebagai fitnah terbaru Umno terhadap Anwar.

Video itu didalangi oleh bekas Ketua Pemuda Umno, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Ketiga- tiga mereka dilaporkan berjumpa dengan Najib di bangunan Parlimen, beberapa jam selepas identiti mereka didedahkan oleh Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul.

Johari berkata beliau diundang menyaksikan video itu dan kemudian diminta oleh Rahim supaya membawa keluar wakil rakyat PKR dengan imbuhan lumayan dari Umno. Rahim juga mahu mengatur perjumpaan antara Johari dan Najib, menurut ahli parlimen itu.

Pejabat PKR sebelum ini menyenaraikan 9 catitan Twitter Anwar pada 21 Mac yang menunjukkan Ketua Pembangkang itu berinteraksi di alam siber dari rumahnya ketika perbuatan sumbang itu dikatakan dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur.-Tvsnews

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...