Monday, March 21, 2011

Cadang Usul Tergempar Siasat Kekayaan Luar Biasa Taib Mahmud

Rakyat Sarawak seharusnya berani melakukan perubahan dengan menyingkirkan Taib Mahmud dan Barisan Nasional (BN) di Sarawak.. Banyak sudah pembongkaran demi pembongkaran yang telah dibuat oleh Sarawak Report dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menyedarkan rakyat Sarawak tentang kekayaan Taib Mahmud . 
Hampir 30 tahun rakyat Sarawak dihimpit kemiskinan sedangkan negeri Sarawak mempunyai alam semulajadi yang luas, mempunyai minyak dan hasil pembalakan yang terbesar, namun hakikatnya rakyat hidup dalam keadaan susah dan daif.. Demi kehidupan yang lebih sempurna, rakyat Sarawak perlu menolak Taib dan Barisan Nasional yang banyak melakukan rasuah dan penyelewengan kuasa.

Baca artikel selanjutnya di bawah ini
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dicadang membuat usul tergempar di Parlimen mendesak penubuhan Suruhanjaya Bebas bagi menyiasat semua pendedahan kekayaan luar biasa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, kata Pengerusi Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman.

“Pendedahan Sarawak Report dan badan bukan kerajaan (NGO) lain mengenai kekayaan beliau (Taib Mahmud) sesuatu yang tidak boleh dinafikan,” katanya pada kenyataan media, hari ini.

Semalam, Presiden Transparency International (Malaysia), Paul Low menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan agensi berkaitan, segera menyiasat dakwaan rasuah terhadap Taib Mahmud bagi mengelakkan Malaysia berada dalam kedudukan corot dalam indeks rasuah dunia.

Mengalu-alukan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Isnin ini, Mazlan yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Kerja PAS Pusat, berkata rakyat Sarawak mesti berani melakukan perubahan dengan menyingkirkan Taib Mahmud dan Barisan Nasional (BN) di Sarawak.


“Jenayah Taib Mahmud dan kuncu-kuncunya tidak boleh dimaafkan. Dosa mereka terlalu besar dan rakyat mesti menyingkirkan mereka,” katanya.

Mazlan berkata, jurang kehidupan antara Taib Mahmud dan pemimpin BN jauh berbeza dengan rakyat yang tinggal di pondok buruk sedangkan mereka memiliki mahligai jutaan ringgit.
“Perhatikan penduduk di Kampung Pujut, Miri dengan kroni BN di perumahan elit Luak Esplanade. Macam langit dengan bumi!” katanya.

Beliau juga menyifatkan, rekod buruk pemerintahan 30 tahun Taib Mahmud punca kebanyakan kawasan di Sarawak ketinggalan 40 tahun berbanding Semenanjung Malaysia.

“Penderitaan dan kesengsaraan rakyat akibat kemiskinan tegar meliputi sebahagian besar kehidupan penduduk Sarawak.

“Ketiadaan bekalan api, letrik, air, jalan tanah merah dan prasarana adalah fenomena biasa di negeri itu. Lihat sahaja di Sibu, Bintulu, Batang Lupar, Miri, Limbang dan bahagian lain di Sarawak.

“Tidak tergambar di minda kita, sebuah negeri yang luas, ada minyak dan kawasan balak terbesar di Malaysia, rakyatnya hidup daif,” katanya pada kenyataan media, hari ini.

Paling menyedihkan, kata Mazlan, tanah adat (NCR) yang diteroka sebelum merdeka, dirampas syarikat kroni Taib Mahmud, walaupun penduduk melakukan segala cara untuk mempertahan tanah mereka.

“Memorandum dan laporan polis menjadi rutin tetapi dipandang sepi Taib Mahmud,” katanya yang turut menyelar keangkuhan BN kerana menggunakan samseng untuk mengekang kesedaran rakyat, sekali gus menjadikan Taib Mahmud adalah Hosni Mubarak di Malaysia.-Keadilandaily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...