Wednesday, March 16, 2011

Umno-BN 'Cabul' Sistem Perlembagaan Negara- Anwar Ibrahim

Dengan memetik kata-kata bekas Presiden Indonesia, Ahmed Sukarno bahawa "Perlembagaan suatu yang murni namun yang murni itu bisa dilacurkan"

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan senario itu tidak ubah seperti di Malaysia apabila sistem Perlembagaan negera 'dicabul' kerajaan Umno-BN.

"Perlembagaan itu suatu yang murni, Sukarno pernah menyebut sesuatu yang murni itu bisa dilacur, kalau seseorang itu melacur, kita larang tetapi kalau ekonomi itu dilacurkan, mereka hanya berkata,"itu bisa pak...asalkan bayar"," ujar Anwar ketika berucap pada wacana Ekonomi di Shah Alam, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Wacana Ekonomi di Shah Alam, hari ini.

Ujar Anwar, Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi di negara ini harus dipatuhi dan tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak untuk kepentingan tertentu.


"Perlembagaan menjamin hak orang, kalau kamu dituduh, kamu wajib diberi ruang untuk membela diri, kalau kamu melakukan pembunuhan maka wajib mangsa dan
keluarganya mendapat pembelaan, ia tidak boleh jadi seperti kes Teoh Beng Hock, penghakiman dibuat terbuka, ia jelas melambangkan kegagalan sistem," kata Anwar lagi.

Tambahnya, usaha mengembalikan peranan Perlembagaan Persekutuan pada paksinya adalah untuk menjamin keamanan dan kesejahteraan negara dapat dinikmati oleh generasi akan datang.

"Beberapa prinsip asas itu kita tidak pertikai seperti hak rakyat, pilihanraya yang bebas, badan kehakiman yang bebas dan media yang bebas, itu sebenarnya prinsip yang diperakui dalam Perlembagaan, jadi itu yang kita tuntut sekarang, hakim mesti bebas, bukannya mahkamah kanggaro, media bebas dan jangan dikuasai," ujar Anwar lagi.

Pakatan Rakyat menjunjung prinsip Perlembagaan Persekutuan seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu dan prinsip-prinsip lain yang didokong Perlembagaan Persekutuan.

Berdasarkan prinsip itu, Pakatan menolak sekeras-kerasnya pendekatan politik perkauman sempit yang menjadi dasar Umno-BN selama ini.

Pendekatan ini kata Anwar, sengaja digunakan untuk memecahbelahkan perpaduan dan keharmoniam masyarakat majmuk di negara ini.-Tvs

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...