Friday, March 25, 2011

Pejuang Kebenaran, Keadilan Sentiasa Diuji Dengan Fitnah – Dr Siddiq Fadhi

Masihkah anda ingat ungkapan kata-kata "Kalau takut pada risiko, usah bicara soal perjuangan".Kata-kata ini pernah diucapkan  Anwar di era reformasi. Bermula di sinilah  tercetusnya  kebangkitan rakyat akibat Anwar di zalimi. Ketika itu Anwar dituduh pula sebagai seorang peliwat dalam kes Fintah I pada 1998, gara-gara Mahathir takut Anwar mencabarnya dalam Perhimpunan Agong Umno. Takut  menerima kekalahan, terpaksa Mahathir reka cipta kes liwat demi  menyekat Anwar dari terus mencabarnya. 

Kini, Anwar berdepan pula dengan kes Fitnah II yang didalangi Najib bertujuan meranapkan reputasinya sebagai pemimpin rakyat selepas mengetuai Pakatan Rakyat mencapai kejayaan pada pilihan raya umum (PRU) ke-12. Meski pun begitu, dari kaca mata rakyat, kekuatan peribadi Anwar begitu menonjol dari dulu lagi ketika beliau menjadi pemimpin ABIM. Diatas kekuatan inilah Anwar terus disanjung dan dihormati rakyat sehingga kini sebagai pemimpin berkredibiliti tinggi.Teruskan Anwar .. Pejuang kebenaran dan menegakkan keadilan sentiasa diuji  dengan fitnah ..
"Wama karu wama karullah, wallahukhairun makireen" yang bermaksud "Kita merancang, Allah juga merancang ..yang sebaik-baiknya merancang  hanya Allah". 
Baca artikel selanjutnya di bawah ini ..

Kekuatan peribadi yang teguh walaupun diasak dengan pelbagai fitnah dan penderitaan akan menjadi Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin berkredibiliti tinggi dan bakal menerima sanjungan masyarakat.

Mengambil kisah penderitaan Nabi Yusof yang sejak kecil kerap dianiaya, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Dr Siddiq Fadhil, berkata pemimpin yang berdepan dengan penderitaan akan memiliki integriti tinggi terhadap keadilan.

“Manusia semulia Nabi Yusuf dihina, dijadikan khadam, difitnah majikannya dan disumbat ke penjara. “Tapi Tuhan tunjukkan, akhirnya Nabi Yusuf menjadi manusia luar biasa.


“Dari seorang banduan menjadi pemimpin agung. Kekuatan peribadinya sudah lama diakui masyarakat. Beliau akhirnya disanjung sebagai pemimpin berkredibiliti tinggi,” katanya dengan menganalogikan kisah itu dengan cabaran getir yang dihadapi Anwar.

Beliau berucap demikian depan lebih 400 orang yang hadir pada majlis solat hajat dan doa selamat serta tazkirah di kediaman Anwar di Bukit Segambut di sini, malam tadi

Selain Dr Siddiq selaku bekas Presiden ketiga, hampir semua bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan cendikiawan agama dan pimpinan parti, hadir.

Anwar, selepas melepasi laluan berliku dalam kes Fintah I pada 1998, kini berdepan dengan kes Fitnah II yang bertujuan meranapkan reputasinya sebagai pemimpin rakyat selepas mengetuai Pakatan Rakyat mencapai kejayaan pada pilihan raya umum (PRU) ke-12.

Malah, Ketua Umum KEADILAN itu dilempar pula dakwaan jijik kononnya terlibat dalam hubungan seks melalui video yang dipertonton kepada media tempatan, Isnin lalu sebelum ia terbukti hanya rakaman palsu.
Semua itu didalangi pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) yang diketuai Datuk Seri Najib Razak bagi merosakkan reputasi Anwar menjelang pilihan raya Negeri Sarawak April ini dan PRU ke-13 yang dijangka berlangsung tahun ini.

Dalam ucapannya, Dr Siddiq berkata, pejuang sejati tidak perlu pesimis dalam berdepan konspirasi fitnah, sebaliknya menganggap ia sebagai pancaroba kecil dalam menentang segala bentuk kebatilan.

Mengisahkan para Nabi tidak putus-putus berdepan dengan fitnah dan tohmah dalam menegakkan Islam, beliau mengingatkan semua pejuang penegak kebenaran termasuk Anwar supaya tidak sesekali gentar tetapi sanggup menghadapi kesusahan demi menegakkan keadilan.

“Ia sebahagian dari kehidupan pejuang. Nabi Muhammad saw juga menghadapi pelbagai rencam kesulitan dengan masyarakat, tetapi mujurnya baginda sentiasa didampingi sahabat setia, yang percayakan kebenaran dibawanya.

Kita sebagai pejuang harus sanggup menghadapi kesusahan terutamanya dalam konspirasi Fitnah sebegini,” katanya./Keadilan Daily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...