Umno memang khianat persis Jakun ...
Jika benar UMNO-BN ingin menjadikan negara kita sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, maka yang paling utama kita perlu terima ialah setiap pertubuhan politik yang terdaftar dengan pendaftar pertubuhan itu adalah halal. Pertubuhan itu, sebagaimana PAS,PKR dan DAP sepatutnya boleh bergerak secara halal dan bebas tanpa diganggui oleh mana -mana pihak. Apabila tiba pilihan raya, UMNO-BN mengunakan samseng-samseng untuk menggangui ceramah-ceramah pembangkang, sedangkan parti yang bertanding itu adalah parti yang diterima oleh pendaftar sebagai prti politik yang sah. Tapi sikap UMNO-BN sentiasa menghalalkan cara, sama ada cara jahat atau baik untuk menghalang pembangkang mendekati rakyat. Kenapa sikap UMNO-BN masih lagi bersifat jakun dan tidak bertamaddun..? UMNO-BN masih lagi tidak demokratik, takut dengan bayang-bayang sendiri. Sepatutnya jika Pakatan Rakyat mengunakan ceramahnya untuk meraih undi, kenapa tidak dengan UMNO-BN..? Kenapa hantar budak-budak samseng untuk menggangui pihak Pakatan Rakyat..? Mungkin agaknya pemimpin Umno tertekan dan terdesak untuk menjawab isu-isu yang
dikemukakan oleh Pakatan Rakyat
Baca Selanjutnya di bawah ini, Apa kata Shamsul Iskandar .....
Barisan Nasional dilihat semakin tertekan dan terdesak untuk meraih undi penduduk menjelang pilihan raya kecil yang bakal berlangsung di Kerdau 6 Mac ini.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin yang dihubungi TV Selangor berkata, BN seakan terpaksa menggunakan cara ‘kotor' memandangkan kedudukan mereka semakin tergugat di beberapa kawasan.
Shamsul juga menegaskan, kejadian sama turut berlaku ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas beliau selesai memberi ceramah di Merlimau.
"Tindakan di Kerdau sama seperti di Merlimau. Di Merlimau, serangan terhadap kereta Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dilakukan selepas daripada program ceramah di salah satu kawasan mengundi. Saya rasa modus operandi itu sama kerana BN tidak ada isu yang ingin mereka bangkitkan.
Mereka Cuma menimbulkan keganasan dan provokasi beberapa hari sebelum mengundi. Ini satu tindakan jahat. Kita telah minta bantuan polis untuk tingkatkan lagi keselamatan kerana bimbang pilihan raya nanti suasana akan tegang dan berlaku kejadian tidak diingini," tegas Shamsul.
Justeru, Shamsul berharap agar tindakan tegas pihak berkuasa diambil segera bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku semasa proses mengundi pada Ahad ini.
"Di Melaka kita telah membuat laporan polis dan saya percaya Ketua Polis Melaka telahpun membuat kenyataan dan membendung perkara ini dan kita harap di Pahang pihak polis mengambil sikap yang sama," katanya.
Sebelum ini Portal MalaysiaKini melaporkan dakwaan Pakatan Rakyat yang mengatakan kenderaan dinaiki Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang sekumpulan pihak terterntu menggunakan batu sewaktu beliau dalam perjalanan untuk memberi ceramah di Felda Jengka 22, Kerdau malam kelmarin.-TVSNews
No comments:
Post a Comment