Tiada bezanya kehidupan beliau dengan Leila dan Suzanne ...
Apa yang disebut oleh Anwar adalah betul, tidak banyak berbeza dengan pemborosan yang dilakukan oleh Rosmah Mansor, saya setuju memang perangai Rosmah yang suka menunjuk-menunjuk, membeli-belah secara melampau di tempat mahal, berderet kereta menunggu hanya untuk membawa barangan beliau. Itu yang kita dengar, belum dapat lagi laporan yang tepat, banyak mana kekayaannya, banyak mana harta yang telah dikutipnya. Mungkin beliau ingat negara ini.. mak bapak mereka yang punya. Memang benarlah, orang panggil dia Leila Majnun, Majnun ini maksudnya gila. Gila harta, gila rupa, gila sanggul ...Queen control pulak tuu ..
Baca selanjutnya di bawah ini ..
Pengarah Penerangan Kerajaan Negeri Selangor, Dr Badrul Amin Baharum, turut menyokong kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata, bahawa Malaysia mempunyai persamaan dengan negara Tunisia mahu pun Mesir.
Badrul Amin berkata sikap Isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor yang berbelanja sakan ketika diluar negara ketika rakyat berhadapan masalah kenaikan harga barang membuktikan sikap sebenar beliau yang tidak prihatin kepada penderitaan rakyat.
"Apa yang disebut oleh Anwar adalah betul, tidak banyak berbeza dengan pemborosan yang dilakukan oleh Rosmah Mansor, saya setuju memang perangai Rosmah yang suka menunjuk-menunjuk, membeli-belah secara melampau di tempat mahal, berderet kereta menunggu hanya untuk membawa barangan beliau. Itu yang kita dengar, belum dapat lagi laporan yang tepat, banyak mana kekayaannya, banyak mana harta yang telah dikutipnya," ujarnya.
Menurut Badrul lagi, peranan Rosmah sebagai isteri hanyalah di rumah sahaja, dan beliau disifatkan tidak layak menggalas tanggungjawab suaminya ( Najib Razak) serta menjalankan tugas-tugas sebagai sorang menteri.
"Tapi persoalan di sini, apakah si isteri punya kuasa ke atas negara yang diletakkan di bahu suaminya, perlu ada batasan atau sempadan, isteri di rumah tetapi di pejabat biarlah si suami berperanan, " katanya.
Beliau ketika ditemuramah oleh TV Selangor turut mempertikaikan kewujudan Jabatan First Lady Of Malaysia yang ditubuhkan khas untuk Rosmah, jabatan ini dilihat tidak memainkan peranan yang penting tetapi hanya mengundang pembaziran wang kerajaan.
"Kita difahamkan ada pula Department of FLOM (First Lady of Malaysia) di Putrajaya, apa peranannya, siapa gaji dia, berapa staff dia, ini harus dijawab. Kita nak benda ni dihentikan bahawa Rosmah mungkin mengiringi suaminya sebagai Menteri tetapi sebagai seorang isteri dan bukan pegawai negara, diplomatik dan sebagainya."
Tindak-tanduk isteri Perdana Menteri ini bakal mengundang kepada kebangkitan rakyat di negara ini seperti mana yang berlaku di Mesir dan Tunisia, tambah Badrul lagi.
"Dia (Rosmah) lebih teruk daripada Leila dan Suzanne, kita tak ada fakta berapa kekayaan Rosmah, Suzanne dan Leila untuk buat perbandingan tetapi saya lihat dari tingkah laku Rosmah ini akan menghancurkan negara kita, memadailah dia mengawal suaminya di rumah tetapi jangan kawal suami dalam urusan negara." katanya.
Dr Badrul mengulas ceramah Anwar semalam, di mana Malaysia berpotensi untuk menjadi seperti negara Tunisia mahupun Mesir akibat daripada pentadbiran negara yang dikuasai oleh isteri-isteri pemerintah.- TVSNews
No comments:
Post a Comment