Tuesday, March 22, 2011

Lelaki Dalam Video Fitnah Bukan Saya – Anwar

Najib melihat hanya Anwar yang menjadi batu penghalang untuk beliau terus mengnekalkan kuasa. Untuk berlawan atau berdepan dengan Anwar secara jujur dan demokatik, tentu Najib tak mampu kerana Anwar dilihat lebih hebat dan karismatik  sebagai seorang pemimpin. Terpaksa Najib dan juak-juaknya mereka cipta satu isu yang boleh menghalang Anwar dari terus mencabarnya. Samada cara jahat atau baik biar aku terus berkuasa terpaksa menyekat Anwar.

Maka terciptalah cerita liwat II yang tidak masuk akal dalam pembicaraan lintang pukang. Begitulah politik negara ini bukan untuk berdepan secara kebijakan dan kecerdikan sebagai seorang  pemimpin yang intelek. Tapi hanya mampu dalam bentuk fitnah dan jahat. Segala-galanya kerana Umno ketandusan modal politik. Yang ada pada pemimpin-pemimpin Umno hanyalah mengekalkan kuasa samada kuasa itu dapat secara baik atau jahat, itu bukan persoalannya asalkan dapat kuasa untuk mencari pulus dan kekayaan dari titik peluh rakyat yang memilih mereka.
Baca artikel selanjutnya di bawah ini ..

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah pemimpin utama pembangkang dalam video fitnah yang ditayangkan kepada media tempatan, tengah hari tadi.

Anwar berada di rumahnya bersama ahli keluarga pada 21 Februari 2011 iaitu tarikh yang tertera dalam rakaman video berkenaan.

“Saya di rumah bersama (Wan Dr) Azizah (Ismail), anak-anak dan cucu selepas bermesyuarat dengan staf KEADILAN,” katanya.

Malah, Anwar ketika waktu dan tarikh yang kononnya video itu dirakam, beliau sedang membalas twitter dengan penyokong.

Video 20 minit itu menunjukkan ia masa jam 10 malam dan bertarikh 21 Februari 2011.
“Pada jam 10.30 pagi pada 21 Februari lalu, saya berada bersama keluarga dan kawan-kawan dan sedang berbalas-balas twitter dengan penyokong,” katanya.


Anwar sempat berjenaka dengan wartawan apabila berdiri dan menunjukkan perutnya yang kempis, sama sekali berbeza dengan lelaki yang didakwa menyerupai beliau dalam video itu.

“Gambar mirip saya, cuma perutnya jauh lebih buncit dari saya,” katanya pada sidang media khas di ibu pejabat KEADILAN, Damansara 21 Mac lalu.

Anwar juga menyifatkan rakaman video itu sebagai fitnah jahat dan jijik serta satu rekayasa jahat musuh politik yang berhasrat membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat dan KEADILAN.

“Motif politiknya sangat jelas, meminta saya dan Wan Azizah meletak jawatan (sebagai Ahli Parlimen dan Presiden KEADILAN). Rekayasa jahat musuh politik untuk membantutkan kemaraan KEADILAN dan Pakatan Rakyat,” katanya.

Beliau meminta rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat supaya tidak terperangkap dengan suasana politik sedemikia, sebaliknya memberi tumpuan kepada pilihan raya negeri Sarawak.

Anwar mengingatkan, rakyat Malaysia sudah cuba ditipu hampir 13 tahun sejak kes Fitnah I pada 1998 dan plot terbaru video fitnah itu, tidak mampu menggugat sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang turut hadir sidang media itu bersama pimpinan parti pula secara sinis, berkata:

“Kalau Anwar didakwa (di mahkamah) dengan lelaki, kenapa yang keluarnya sekarang video dengan perempuan.-KeadilanDaily”

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...