Wednesday, March 2, 2011

Janji 10 Tahun Lalu Tak Tertunai, BN Masih Mahu Berjanji Lagi


Dia tanpa segan silu bercakap di depan orang ramai begini, ‘saya bukanlah hendak membeli undi, tetapi kalau kamu menyokong BN, saya akan tambah peruntukan esok atau lusa. Dengan syarat kamu tunjukkan sokongan kepada BN terlebih dahulu. Apa yang UMNO janji dalam PRK Sanggang pada tahun 2000 berhubung air bersih masih belum ditunaikan lagi, kini berjanji lagi untuk meraih sokongan pengundi di Kerdau. Janji politik tidak boleh dipakai, semuanya penipu. Janji orang politik UMNO APCO hanya untuk menarik minat pengundi supaya memilih  mereka. Selepas selesai pilihan raya, batang hidung pun tak nampak, Kemudian janji hanya tinggal janji. Harap-harap pengundi di Kerdau harus bijak membuat pilihan. Pilihlah apa parti sekali pun tapi jangan pilih UMNO APCO yang zalim, bongkak, pengkhianat, perasuah ... 
Baca selanjutnya di sini ..
Ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad hari ini menyelar kerajaan Umno-Barisan Nasional yang masih mengulangi janji 10 tahun lalu ketika berkempen pada pilihanraya kecil Sanggang, di PRK Kerdau.

Bercakap kepada Tv Selangor, Dr Dzul menggesa Umno-BN menggunakan modal baru untuk menambat hati pengundi di Kerdau, kalau pun terpaksa berbuat demikian.

Kenyataan Dr Dzul itu merujuk kepada janji kerajaan untuk membekalkan air bersih di kampung orang asli Paya Sendayan yang gagal dilaksanakan sehingga ke hari ini.

“Apa yang kerajaan kata antara lainnya berhubung janji dalam PRK Sanggang pada tahun 2000 untuk membekalkan air bersih di kampung orang asli Paya Sendayan sehingga hari ini gagal ditunaikan
.

“Maka ketika BN turun baru-baru ini di Kerdau, PM sekali lagi terpaksa buat janji memperuntukkan RM9.25 juta bagi menaiktaraf loji air Batu Sawar," kata Dr Dzul kepada Tv Selangor.

Menurut beliau, bimbang hal tersebut dijadikan isu pihak lawan, Perdana Meteri, Najib Razak terpaksa mengumumkan projek bernilai jutaan ringgit itu untuk mengaburi mata rakyat.

Malah sepanjang tempoh berkempen ini, penduduk juga dibekalkan dengan air bersih yang diletakkan di dalam tong yang diletakkan di sepanjang jalan.

Projek berkenaan termasuk dalam peruntukan RM10 juta yang diumumkan Najib untuk pembangunan di Kerdau.

Sementara itu, Dr Dzul dengan nada sinis turut membidas kenyataan Najib yang berkata bantuan hanya akan diberikan sekiranya penduduk mengundi Barisan Nasional.

“Dia tanpa segan silu bercakap di depan orang ramai begini, ‘saya bukanlah hendak membeli undi, tetapi kalau kamu menyokong BN, saya akan tambah peruntukan esok atau lusa. Dengan syarat kamu tunjukkan sokongan kepada BN terlebih dahulu,"kata Dr Dzul mengajuk ayat yang digunakan oleh Najib./TVSNews

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...