Saturday, March 26, 2011

5,000 Saksi Anwar Diheret Polis Dari Pentas Ceramah, 3 ditahan

Memang kejam dan zalim. Tindakan ini melambangkan kerajaan UMNO BN tidak demokratik.. Jika polis dijadikan remote control ,  boleh dikatakan negara ini menuju persis kearah negara diktator. Sikap UMNO-BN yang mengunakan polis hanya untuk menutup suara-suara Anwar dari terus bersuara kepada rakyat agar rakyat tidak tahu tembelang keburukan pemimpin-pemimpin mereka. 
Sekiranya tindakan UMNO-BN boeh membuat fitnah melalui media-media tali barut mereka dan peti-peti TV , kenapa Anwar dinafikan membuat kempen dan ceramah? Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan PKR adalah parti yang didaftar secara sah melalui undang-undang pertubuhan, sudah pasti ingin menerangkan pada keseluruhan rakyat bahawa tuduhan itu hanya fitnah dan direka cipta. Apakah salah Anwar berbuat begitu? Anwar adakan kempen itu yang dinamakan sebagai ‘DNA’ atau ‘Datuk Najib-Altantuya’ bertujuan mengupas perkembangan terkini kes yang dihadapi beliau dan fitnah UMNO-BN mengenai rakaman video seks yang didalangi UMN0-BN melalui ‘Datuk T’
Pada kesimpulannya, UMNO-BN takut dengan ketokohannya sebagai seorang pemimpin. Keseluruhan pimpinan UMNO-BN, satu pun tidak layak untuk berdepan dengan beliau. Justeru itulah Anwar dihalang ceramah kerana mereka lihat hanya Anwar sebagai batu penghalang untuk mereka terus berkuasa. 
Baca artikel selanjutnya di bawah ini...
Lebih 5,000 rakyat pelbagai lapisan kaum hadir program pelancaran Kempen Tolak kes Fitnah II anjuran KEADILAN di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati di sini, malam ini.

Seperti kelaziman, program anjuran KEADILAN itu dihalang polis hingga menyebabkan majlis yang dijadual bermula jam 9 malam ditangguh kira-kira sejam.

Polis dikatakan hanya membenarkan sesi ucapan selama 30 minit sahaja, menyebabkan pegawai kepada Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali terpaksa berunding dengan polis Ampang.


Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang turut muncul hingga menggamatkan hadirin.

Bagaimanapun, polis hanya membenarkan Anwar memberi ucapan selama 15 minit sahaja, malah mematikan pembesar suara dan mengheret Ketua Umum KEADILAN itu turun dari pentas, hingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Kehadiran polis, FRU hanya menyebabkan kekecohan berlaku
Pada jam 11.30 malam, polis menyerbu ke arah orang ramai hingga menimbulkan kekecohan sedangkan program itu, asalnya berlangsung aman.

Suasana terus kecoh dan tiga orang dipercayai ditahan polis.
Dalam pada itu, seorang wartawan Free Malaysia Today, Fazy Sahir cedera terkena lontaran kerusi dalam suasana kecoh itu.

Kempen itu dinamakan sebagai ‘DNA’ atau ‘Datuk Najib-Altantuya’ bertujuan mengupas perkembangan terkini kes yang dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan fitnah terbaru mengenai rakaman video seks yang didalangi Umno melalui ‘Datuk T’.

Turut hadir dalam ceramah ialah Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang, Saari Sungib.-Keadilandaily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...